Rakyat Wajar Bimbang ‘Konspirasi Bidak Catur’

183

KUALA TERENGGANU – Rakyat wajar juga merasa bimbang dengan Teori konspirasi bidak catur musuh Islam untuk membawa masuk bangsa- bangsa luar demi mengucar-kacirkan sosiobudaya negara ini .

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Riduan Mohd Nor berkata, isu kewarganegaraan muncul kembali selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) dan sangat ‘menjolok mata’.

“Parti DAP yang menunjangi kerajaan PH dilihat paling kehadapan dalam isu kewarganegaraan. Apakah perancangan mereka sebenarnya?,

“apakah agenda sulit dalam pertemuan pimpinan utama DAP dengan Menteri Dalam Negeri? ,” soal beliau.


Beliau berkata demikian dalan satu kenyataan medianya hari ini yang mempersoalkan isu berkaitan pertambahan kewarganegaraan negara mutakhir.

Oleh itu, kata beliau, rakyat perlu tahu dan wajar untuk gusar, memandangkan politik komunal semakin membarah pasca PRU14, Mei 2018.

“dengan penubuhan ‘backbenchers citizenship committee’ dengan keahlian 10 orang pimpinan DAP (Ahli Parlimen) adalah berbau etnosentrisme dan wajar dicurigai oleh kaum Peribumi.

“Mengapa tiada anggota parti lain? apa agenda besar DAP dalam isu membuka kewarganegaraan?. Apatah lagi pertemuan tertutup pada 22 Julai 2019 dengan Menteri Dalam Negeri berkaitan isu kewarganegaraan,” tegas beliau.