Rakyat Mesti Mampu Menikmati Pembangunan

103

Kerajaan PAS negeri Terengganu berusaha menjadi pentadbir yang menyelesaikan masalah dan rakyat mestilah mampu dan memiliki nikmat pembangunan, bukan hanya mampu melihat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Azman Ibrahim berkata, ia tidak akan membawa makna sekiranya pembangunan dilakukan hanya menjadi tontonan sahaja.

“kerana itulah dalam konteks rumah mampu milik (RMM), in shaa Allah akan banyak membantu rakyat,

“kita sudah kenal pasti tanah-tanah kerajaan untuk dibangunkan dengan dasar baru penswastaan membina lebih banyak RMM,” tegasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah PPRM di Kampung Tempinis, Jabi, hari ini.