Rakyat Keliru Keputusan Mahkamah, Krisis Perak Berterusan

487

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/05/ustharunsidangdun.jpg

Rakyat kini semakin keliru dengan Institusi tersebut apabila keputusan Mahkamah Rayuan kelmarin terlalu jauh berbeza dengan keputusan Mahkamah Tinggi sebelumnya, malah keputusan kelmarin telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menyatakan Hakim Mahkamah Tinggi silap dalam memberi keputusan.

Ketua Dewan Ulama’ PAS yang baru, Dato’ Ustaz Harun Taib berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan terhadap kes siapa Menteri Besar Perak yang sah, kelmarin. (Gambar – Ustaz Harun ketika berucap dalam Sidang DUN Terengganu bulan lalu)

“Keputusan ini menimbulkan persoalan kepada rakyat, adakah undang-undang yang digunakan di Mahkamah Tinggi (sebelumnya), berbeza dengan undang-undang yang digunakan dalam Mahkamah Rayuan?,”soal beliau.

Katanya beliau tidak faham bagaimana Mahkamah Rayuan boleh memutuskan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar Perak sedangkan Mahkamah Tinggi sebelum ini membuat keputusan berbeza yang memihak kepada Dato’ Seri Nizar Jamaludin.

Beliau yang juga Timblan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, keputusan yang mengejutkan itu juga tidak akan meredakan krisis politik negri Perak kecuali dibubarkan DUN Perak dan diadakan semuala pilihanyara negeri yang baru.