Raja Muda Perak Setuju Menerima Menghadap

374

Nizar akan menghadap Raja Muda pada jam 8.30 pagi esok untuk mempersembahkan keputusan bagi memohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Dengan itu satu pilihanraya negeri yang baru akan dilangsungkan, kata beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk ADUN Sungkai S.A.Sivanesan

Saya baru bercakap dengan Nizar dan beliau telah mengesahkan beliau telah diterima menghadap oleh Raja Muda pada jam 8.30 pagi esok,”kata Sivanesan kepada Malaysian Insider

“Nizar akan memohon untuk membubarkan DUN bagi mengadakan satu pilihanraya,”kata Sivanesan yang berharap permohonan itu tidak ditolak dan berkata “Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan mempunyai hak untuk memohon pembubaran DUN,”.

Pemimpin Pakatan Rakyat turut memaklumkan Sultan azlan sedang berada di Amerika Syarikat

ADUN Pakatan Rakyat turut mengadakan mesyuarat jam 11 malam semalam bagi merancang strategi untuk esok dimasa yang sama Barisan Nasional akan bergegas ke mahkamah untuk membuat rayuan.

Esok, Nizar akan memasuki pejabatnya di Bangunan Perak darul Ridzuan yang telah dikelilingi pihak polis sejak jam 4.00 petang semalam

Hakim Abdul Aziz Rahim hari ini mengisytiharkan Menteri Besar hanya boleh dilucutkan dengan undi tidak percaya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri.