Rabitah Sokong Usaha Penubuhan Pondok Moden Talaqqi

173
Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kama

KUALA TERENGGANU – Pihak Rabitah Sekolah-sekolah Agama Terengganu (Rabitah) sangat mengalu-alukan cadangan pihak kerajaan negeri untuk menubuhkan pondok moden ‘talaqqi’ di negeri ini.

Pengerusinya Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal berharap, ia dapat mengembalikan semula kegemilangan Darul Iman sebagai pusat tumpuan pengajian bagi para alim ulama.

“Sebagaimana ketika mana zaman Sheikh Abdul Karim Bukit Bayas, Tok Sheikh Duyung, Tok Ku Tuan Besar, Tok Ku Paloh dimana para alim ulama seluruh nusantara,

“datang ke negeri Terengganu untuk bertalaqqi menuntut ilmu dengan para tuan guru kemudian kembali ke negeri masing sebagai penuntut ilmu,” tegasnya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kuala Nerus berkata demikian ketika dihubungi, mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, berhubung pembangunan pondok tersebut

Gambaran Ilustrasi Perkampungan Ilmu Yang Bakal Dibangunkan

Menurut Muzaihar, suatu ketika dahulu negeri ‘Serambi Madinah’ itu menjadi umpama tempat melatih para cerdik pandai Islam yang pulang ke negeri masing-masing, menybar dan menyampaikan ilmu.

“Jadi pihak Rabitah sangat menyokong cadangan penubuhan pondok moden tersebut dan diharap ia akan dapat memperkukuhkan institusi pondok dan sekolah agama rakyat di negeri Terengganu.

“Dimana mereka ada tempat pengajian yang bersepadu yang tertumpu serta boleh menjadi satu tempat berdiskusi dan boleh menjadi satu tempat halaqah ilmu para ulama bagi mengembangkan lagi syiar Islam di negeri Terengganu,” jelasnya.

Justeru itu, kata beliau, pihak Rabitah mengucapkan syabas atas usaha murni kerajaan negeri.

“mudah-mudahan ia dapat dilaksanakan dan Terengganu kembali gemilang seumpama zaman kegemilangan ketika mana pemerintahan Sultan Umar Sultan Zainal abidin yang masyur dengan pusat pengajian ilmu di nusantara ini,” tambah beliau.

Pada sidang media sempena Pelancaran Aplikasi Penerangan pada Rabu 15 Julai, Ahmad Samsuri berkata pondok pengajian tersebut akan bermula pada tahun hadapan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ‘Perkampungan Ilmu Tafaqquh Fiddin Tok Sheikh Duyong’ yang akan dibangunkan di Taman Tamadun Islan, Pulau Wan Man.