“Sudah Sampai Masanya.” Kata Tajul Artis Trash FTG

3276
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/FTG-300x227.jpg

Tajul merupakan vokalis kedua kumpulan FTG, yang menggantikan vokalis Bart vokalis Bart meninggalkan kumpulan FTG, sekitar tahun 1998.

FTG adalah antara kumpulan terawal yang muncul di penghujung era generasi pertama muzik bawah tanah (underground) Malaysia seperti Nemesis, Punisher dan lain-lain.

Menurut esiklopedia atas talian, wikipedia, kumpulan tersebut mengeluarkan album pertama mereka bersama vokalisTajul berjodol “Aku Tak Peduli” pada tahun 1998, dan tidak sampai seminggu album yang dikritik itu mencapai jualan 50 ribu unit dan juga mendapat anugerah platinum.

Kebelakangan ini mereka lebih gemar mengambil halatuju muzik yang kurang agressif tetapi masih mengekalkan keberatan muzik metal itu sendiri. Mereka juga cenderung menghasilkan album dalam bahasa Melayu dan tidak lagi menggunakan bahasa Inggeris.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/tajul%20masuk%20pas.pngMungkin disebabkan perubahan tersebut dan kesedaran politik  memberi hidayah kepada Tajul,  yang akhirnya menyaksikan beliau menyerahkan borang menyertai PAS di Malam Seni di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, pada Sabtu 16 Mac .

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Isni Akbar dipetik Harakahdaily terharu apabila dapat menyerahkan sendiri borang permohonan keahlian PAS kepada Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu.

Beliau mengakui sudah lama mengikuti gerakan Reformasi dan mempunyai ramai kawan di kalangan ahli PAS dan PKR, malah katanya, beliau sering hadir ke program melibatkan parti politik namun belum bersedia untuk ‘menonjolkan diri’ ketika itu.

“Gerakan reformasi ini tidak asing bagi saya. Dari dulu lagi saya dan beberapa kawan yang lain memang menyokong perjuangan rakyat. Saya pun ramai kawan di kalangan orang PAS, PKR dan mereka selalu ajak saya pergi ke program-program mereka,”ujarnya.

[Gambar atas; Tajul (tengah) sewaktu ‘top’ bersama FTG, gambar bawah; Tajul menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden PAS]

Menurut Tajul, dengan umur yang telah mencapai 46 tahun, beliau merasakan sudah sampai masanya untuk beliau mara ke ‘saf’ hadapan dalam perjuangan.