“Pengurusan PBSNT Macam Daun Pisang Kering,” kata Kaspi, Jurucakap Ultras Terengganu

793

Himpunan yang digelar ‘Demonstrasi Kebangkitan Bola Sepak Terengganu’ diadakan bertujuan mendesak Datuk Che Mat Jusoh meletak jawatan selaku orang nombor satu Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Skuad BO dimaklumkan peserta Himpunan ABC, rombakan besar-besaran mesti dilakukan ke atas pengurusan PBSNT bagi meningkatkan mutu sukan utama negeri itu yang semakin ‘malap’ akibat ‘pelbagai polemik dan kemelut’.

Antara yang hadir adalah para peserta Kelab Penyokong Ultras Terengganu, kumpulan penyokong setia pasukan Terengganu yang seingkali membakar semangat pemain dan menghidupkan perlawanan dengan paluan gendang serta nyanyian.

Jurucakap Ultras Terengganu, Encik Kaspi (gambar bawah)  berkata, usaha secara berterusan mesti diambil bagi menyedarkan pihak yang berkenaan.

Menurutnya, Himpunan ABC itu adalah salah satu meluahkan perasaan tidak puas hati penyokong skuad ‘Penyu’.

Kaspi juga telah menyamakan situasi yang berlaku seperti pepatah melayu ‘Daun pisang yang kering jika tak ditarik tidak akan luruh’ yang membawa maksud pengurusan yang lama jika tidak didesak tidak berubah.

“Kita kena ingat perumpamaan orang melayu lama, daun pisang kering kalau kita tidak senjoh'(tarik) tidak akan tercabut. Jadi ia harus di’senjoh’ sokmo-sokmo benda ni berterusan dan benda ini ber’gogeh'(berubah).”Ujarnya ketka ditanya wartawan

“Kemudiannya, andai kata lah dan kena ingat, andaikata ianya tidak berjaya berubah sampai ke tahun hadapan, ingatlah bahawa bulan sebelas ini perhimpunan agung umno,

“tahun hadapan InsyaAllah pilihanraya jadi tidak menjadi masalah bagi orang muda untuk membuat perubahan” katanya yang disambut sorakan gemuruh oleh peserta himpunan,”tambah Kaspi.

*** Klik, Lihat dan Dengar Luahan Penuh Orang Muda Terengganu Dalam Video Penuh Himpunan ABC di Buletinonline Channel
*** Klik Lihat dan Dengar Luahan Hati Encik Kaspi Juga di Buletinonline Channel