Qaryah Surau Al-Firdaus Disambut PAS Terengganu

258

Oleh :Ummi Azizah

KUALA TERENGGANU-Kehadiran ahli rombongan qaryah surau Al Firdaus Kota Damansara Kuala Lumpur ke negeri Terengganu disambut baik PAS Terengganu

Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata ianya bertepatan dengan tahun 2020 sebagai tahun melawat Terengganu.

“Pihak kami sangat mengalu alukan kehadiran orang luar ke Terengganu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, ketika menerima rombongan berkenaan, ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Wakaf Mempelam.

Ahli rombongan seramai 40 orang berkenaan telah turut disambut oleh Setiausaha PAS DUN Wakaf Mempelam, Wan Faizul Wan Abas.

Ketua rombongan, Zaiponizam Hamzah Yang juga pengerusi Surau Al Firdaus berkata lawatan ke Terengganu itu disifatkan sebagai usaha mengenali dan melihat keindahan negeri tersebut.

“(Apabila) balik nanti (boleh) maklum kepada kawan-kawan supaya dapat sampaikan maklumat,” ujarnya.

Beliau begitu teruja dengan sambutan baik serta turut berkesempatan merasai keenakan makanan tradisi di Terengganu seperti Keropok Lekor, nasi dagang,kayu keramat di samping pelbagai kuih muih.

“Alhamdulillah, jika ada ruang kami ingin datang lagi kerana tidak puas ronda-ronda tengok kawasan di samping membeli belah,” ujar salah seorang daripada ahli rombongan dengan penuh keterujaan.