Pusat Tarbiah Lambang Kekuatan PAS

331

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Pusat Tarbiah Dewan Undangan Negeri(DUN) Wakaf Mempelam adalah lambang kekuatan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) yang juga merupakan kubu kuat gerakan Islam itu.

Timbalan Pengarah Majlis Tindakan DUN, Ahmad Amzad Hashim berkata melihat kepada kejayaan PAS di DUN itu bertahun lamanya, beliau merasakan perlu ada satu mercu tanda (bangunan) untuk melaksanakan sebarang bentuk gerak kerja dalam perjuangan Islam dan mengatur perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Setelah berbincang dengan beberapa orang kuat DUN antaranya Mantan ADUN Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut, Pengarah MTD, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan beberapa orang lama di DUN, terdetik untuk menginfaqkan fi Sabilillah sedikit sumbangan untuk kemajuan perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS, .

“Pusat Tarbiyah tersebut yang terdiri daripada satu bangunan yang berkeluasan lantai 8,000 kaki persegi itu terdapat pejabat pentadbiran dan Pusat Pembangunan Insan( Pusat Tarbiah) bagi merancakkan lagi aktiviti PAS dan menjadi mercu tanda PAS DUN Wakaf Mempelam, “jelasnya.

Beliau menjelaskan demikian ketika di temui bersama isterinya, Dr Nur Diana Ahmad Takri meninjau perkembangan pembinaan premis dua tingkat yang mula dibina pada tahun 2016 di atas sebahagian tanah yang telah diwakafkannya di Kubang Parit di sini, pada 15 Januari.

Oleh itu beliauberdoa agar, pahalanya dihadiahkan kepada arwah isteri, Almarhumah Cikgu Suriati Abidin, yang meninggal dunia secara mengejut ekoran barah pankreas.

“Saya memang selalu berbincang dengan Almarhumah tentang perjuangan PAS, saya tak mampu temankan beliau di sana. Semoga dengan adanya waqaf ini, Almarhumah beroleh pahala amalan berterusan.

“Saya masih ingat doa beliau di saat akhir hayat beliau agar Allah SWT kurniakan ganti teman yang baik dan solehah yang akan bantu saya berjuang, besarkan anak anak.
Alhamdulillah Allah SWT maqbulkan doa Almarhumah,” katanya sambil menahan sebak, kedengaran juga Dr Nor Diana membisikkan agar dihadiahkan Al Fatihah buat arwah.

Beliau juga bersyukur kerana premis tersebut telah dapat beroperasi pada awal March 2019, walaupun hampir sepuluh peratus belum sepenuhnya siap kerana kesungguhan semua pendokong, semua ahli jawatankuasa MTD , sayap parti bahkan sahabat serta keluarga jauh dekat .semua membantu, ibarat kata ” pulas cawat” untuk menyiapkannya.

Pandangan dari dalam bangunan yang merupakan mercu tanda PAS DUN Wakaf Mempelam.

“Selain tanah tapak bangunan, bukan mudah mencari wang RM900 ribu untuk membina bangunan yg indah ini. Saya sendiri di awal pembinaan mendahulukan kewangan, sehinggalah bila bentuk fizikalnya mula kelihatan, ramai yg sudi bersama berinfak fi Sabilillah,” jelasnya semakin bersemangat melihat tersergamnya bangunan itu.

Antara cabaran besar, tambahnya,adalah memudahkan akses untuk ke tapak itu, beliau perlu mengeluarkan belanja yang agak besar dengan pembinaan sebuah jambatan besar dan lebar untuk kemudahan orang ramai.

“Di fasa terakhir agak ringan beban kewangan pembiayaan. Terima kasih kepada semua. Hari hari kalau ada di kampung saya nak mari sokmo( selalu) jenguk, kadang tu balik ambik isteri ditempat kerja Klinik Hiliran ,saya akan singgah tengok perkembangan, isteri sayapun nampak teruja”, ceritanya sambil tersenyum kepada isteri di sebelah.