PRU15; Ameerah Dan Briged Mesti Perlu Gandakan Gerakerja

337

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 hanya beberapa tahun lagi, Ameerah dan Briged Muslimat diharap bergandingan bersama muslimat, bersegera melaksanakan kerja-kerja untuk mendaftar pengundi baru.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun mengingatkan kerja-kerja mendekati pengundi tidak sepatutnya terhenti.

“Sebab kita hendak mempertahankan kemenangan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Taujihat Pimpinan 2, kepada muslimat dan Ameerah DUN Rantau Abang di program Tamrin Qiadi dan Iftar Perdana di Pusat Tarbiyyah Kelas Fardu Ain (PUSTAKA), Taman Permint Indah di sini pada 4 Februari.

Pada majlis itu juga, Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan PAS Kawasan Dungun, Ustaz Jamaluddin Jusoh berkata beliau akan sentiasa menyebut tentang keikhlasan.

“Yang ini saya tak puas untuk sentiasa sebut sebab penyakit ini, ia sentiasa tumbuh dengan rupa bentuk yang baru.,”

“Dia tidak akan sekadar sekali sebut selesai. Sebab syaitan tidak akan pernah puas, tidak akan pernah putus asa untuk menggelecek kita supaya kita keluar dari ‘rel’ keikhlasan,” ujarnya mengisi slot Taujihat Pimpinaan 1.

Sementara itu Ketua Muslimat DUN Rantau Abang, Cikgu Rugayah Mahmood yang turut berucap mengharapkan semua ajk muslimat yang baru dan lama adalah petugas-petugas parti.

“kerja kita sudah habis apabila kita dipanggil oleh Allah Subhanawata’ala. Tugas parti tiada pencen,” katanya kepada 78 orang muslimat yang hadir.

Menurutnya kerja keras berkempen adalah tugasan utama muslimat.

“Jadi apa yang telah kita dapat (kemenangan PRU14) cuba kita perbaiki dan kita tanam dalam diri kita InsyaAllah PRU ke-15 kita nak mempertahankan PAS di Negeri Terengganu sampai bila-bila seperti di Negeri Kelantan,” tambahnya lagi.