PRU Ke-15 Serentak, Parlimen Dan DUN

3771

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan diadakan pada bila-bila masa dan dijangka berlaku serentak melibatkan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kemungkinan itu adalah berdasarkan suasana politik dan ekonomi semasa negara semasa.

“kita tidak menolak kemungkinan piliharaya (PRU ke-15) yang dicadangkan pada peringkat parlimen itu juga akan diadakan di (semua) peringkat (melibatkan) DUN.

“Jadi ini beberapa kemungkinan yang mungkin akan berlaku. Jadi kita harus bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan (tersebut). Bersiap sedia dengan jentera, gerak kerja (juga)bersiap sedia dengan segala apa yang perlu dipersiapkan untuk menghadapinya,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Lawatan Jabatan Pilihan raya PAS Negeri Terengganu, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, kelmarin.

Mengulas mengenai lawatan berkenaan katanya, ia merupakan isyarat bahawa PRU semakin dekat.

“Pada September ini akan tamat lawatan kesemuan 32 DUN, berdasarkan pengalaman lepas tahun kedua tidak turun, pada tahun ketiga baru kita turun. Tapi pada kali ini tahun kedua kita telah turun, “ujarnya.

Hal demikian menurutnya kerana perkembangan suhu politik yang berlaku Ketika ini.

“Dengan suasana politik yang tidak menentu suhu pun agak panas sekarang ini maka petunjuk-petunjuk yang dinyatakan oleh pimpinan kita (PAS) bahawa pilihanraya akan berlansung dalam masa seberapa segera.

“Kemungkinan besarnya tahun ini juga sebelum tamat tahun 2020,” tambah beliau.