Projek Kemanusiaan Rohingya PASRelief Terengganu Untuk Misi 13 – 18 November 2017

841

Alhamdulillah, rombongan PASRelief Terengganu seramai 10 orang delegasi diketuai Tuan Haji Yahaya Ali bersama Pengerusi PASRelief Malaysia Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor telah berjaya melaksanakan beberapa projek kemanusiaan untuk membantu umat Islam Rohingya.

Bantuan disampaikan sendiri kepada mereka di kem-kem seperti kem Balukhali, Kem Thengkhali, Kem Palungkhali, Kem Kuthupalong dan Kem Chakmakul.

Sebahagian projek seperti agihan makanan, selimut dan pakaian sekolah untuk anak-anak Rohingya telah dilaksanakan dan sebahagian lain telah diserahkan duit kepada NGO tempatan iaitu Coperation Of Humanity Activities (CHA).

Wakilnya Selimullah Musted Ahmad bertanggungjawab merealisasikan semua projek tajaan PASRelief dan akan memantau serta memberikan laporan untuk semua perkembangan semua projek itu, sehingga siap, insyaAllah.

Projek Projek yang dilaksanakan oleh Pasrelief Terengganu adalah seperti berikut :

1. Bantuan Makanan (Food Package) – 5,000
2. Khemah Perlindungan (Shelter Home) – 51 buah.
3. TelagaTiub (Tubewell) – 44 unit.
4. Tandas dan Bilik Mandi Wanita (Toilet For Women) – 20 unit.
5. Selimut (Blanket) – 500 keluarga
6. Pakaian (Clothes For Students) – 333 unit.
7. Sekolah (School) – 10 unit termasuk peralatan buku teks.
8. Masjid – 3 buah
9. Gaji Guru – 10 orang guru selama 7 bulan.

Semua projek yang bernilai RM500,000 itu telah disumbangkan oleh Rakyat Malaysia khususnya rakyat Terengganu.

Rombongan kami juga telah dibawa melihat sendiri projek ‘shelter home’, tubewell’, masjid yang telah dilaksanakan oleh PASRelief sebelum ini.

Insyaallah semua projek itu akan dipantau dari masa ke semasa untuk memastikan ia siap bagi menampung keperluan pelarian Rohingya.

Kami akan laporkan kepada penderma sekelian akan perkembangannya insyaallah.

Jazakumullah Khairan Kathira kepada semua penyumbang.

Wan Sukairi Wan Abdullah,
Pengarah Tabung Kemanusiaan Rohingya ,
PASRelief Negeri Terengganu

17 November 2017
Hazrat Shah Jalal International Airport,
Dhaka, Bangladesh.