PRK Tanjung Piai : Bukti PH Semakin Ditolak

911

Oleh : Hidayah Azlin

KUALA TERENGGANU – Pilihanraya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Johor jelas membuktikan penolakan rakyat terhadap pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dengan kekalahan yang begitu ketara.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata keputusan tersebut ‘agak tragis’ kerana ia berlaku di kawan PH adalah penyandang dan juga pemegang kuasa Kerajaan Negeri serta Persekutuan.

“Tanjung Piai kawasan peratusan tinggi pengundi Melayu dan Cina. Majoriti tinggi yang diperolehi calon BN adalah gambaran bahawa PH ditolak bukan sahaja oleh orang Melayu malah orang Cina sekali,

“Ia juga gambaran jelas menzahirkan isyarat bahawa ‘survival’ masa depan politik untuk PRU 15 ialah diantara Muafakat Nasional dan PH. Parti lain sudah tak relevan lagi,” katanya yang memuatnaik status di laman sosialnya, malam ini.

Sujuhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah mengumumkan keputusan rasmi PRK Parlimen P.165 Tanjung Piai dimenangi calon Barisan Nasional (BN) Wee Jeck Seng 25,466 undian, mengalahkan calon Pakatan Harapan, Haji Karmaine Sardini (10,380), Parti Gerakan, Wendy Subramaniam (1,707), BERJASA, Dato’ Dr Badhrulhisham (850), BEBAS, Dr Ang Chuan Lock (380), BEBAS, Faridah Aryani Abd Ghaffar (32) undi.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan bahawa Ahli Parlimen baru MCA tidaklah cepat mendongak ke langit kerana jika tersilap langkah boleh tersungkur kembali.

“Politik ada ketikanya ‘straight forward’ tidak ada ‘kona leper’ (belok-belok). Bila rakyat tak suka, kita wajib baiki. Jangan terjebak dengan ‘denial syndrome’,

“Sindrom penafian bermakna anda cuba melindungi diri anda dengan menolak menerima kebenaran mengenai sesuatu yang berlaku,” jelasnya.

Menurut beliau yang juga Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Setiu itu, ia jelas membuktikan api kemarahan rakyat semakin membara dengan pemungkiran janji manifesto dalam Pilihanraya Umum lalu.

“Cukuplah dengan segala macam janji yang dimungkiri walau janji manifesto bukanlah kitab suci. Kamu boleh bagi pelbagai alasan, akhirnya rakyat yang menjadi hakim. Jangan menyesal andai rakyat menjatuhkan hukuman mati mandatori!,

“Kalau ini fenomena di Pantai Barat, maka bagaimana situasi PH di Pantai Timur di mana tempat PH hilang deposit di sebahagian besar kerusi yang ditandingi?,” soal neliau.

Dr Azman yang juga Pegerusi Jawatankuasa Pertanian, Insdustri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri mendakwa, rakyat marah dengan tindak tanduk kerajaan PH yang sering membelakangkan mandat PRU14.

“Saya nasihatkan PH secara jujur. Tolonglah jangan buat rakyat marah. Dengarlah untuk kali pertama dan terakhir nasihat ikhlas ini. Lepas ini saya tak nak nasihat lagi,

“Rakyat sangat marah kamu nak tubuh MPKKP. Kalau nak tubuh juga silakan. Tapi ingat di Jabi kamu cuma dapat 600 undi lebih dalam PRU 14. Rasa-rasa dengan tubuh MPKKP, undi PH boleh bertambah?,” tambah beliau.