PRK Chini; PAS Yakin Calon Muafakat ‘Menang Bergaya’

250

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu yakin, calon Muafakat Nasional (MN), daripada Umno akan menang secara ‘bergaya’ dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dato’ Haji Yahaya Ali berkata, hasrat permuafakatan tersebut adalah bukan sekadar berjaya tetapi mendapat pertambahan undi.

“Kita bukan sahaja nak menang tapi mahu dengan majoriti yang lebih besar.

“Pengundi luar adalah satu bonus kepada kita dan mereka membantu kemenangan secara bergaya,” jelas beliau.

Beliau yang juga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Speaker Terengganu berkata demikian ketika dihubungi pihak media pada hari ini.

Namun begitu kata beliau, pihak Bilik Gerakan bimbang sejauh mana perantau yang berjumlah lebih 8000 pengundi sanggup untuk balik mengundi dalam suasana cabaran pendemik covid-19.

Menurut Yahaya yang juga mantan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, pada keseluruhannya, kerja-kerja kempen yang telah bermula 14 hari yang lalu bagi memenangkan calon Muafakat Nasional berjalan lancar hingga ke saat akhir malam tadi.


“PAS dan keseluruhan jenteranya bekerja kuat bergerak dan membantu calon MN dari hari pertama penamaan calon sehingga sekarang.

“Saya nampak kerjasama cukup erat dan cukup padu bahkan bukan sahaja jentera yang dikendali PAS secara bersepadu tetapi calon kita yang bertanding pada PRU yang ke 14 pun menjadi tenaga penting yang dibawa ke sana ke mari bersama dengan calon yang ada sekarang ini,” ujar beliau.

Beliau menambah, PRK DUN Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru Mohd Sharim Md Zain 41, yang akan bertanding menghadapi dua calon Bebas, Mohd Shukri Ramli dan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin diadakan berikutan kematian penyandang Datuk Seri Abu Bakar Harun.

“Apa yang kita harapkan adalah selain kali ini, sebelum kita mengharapkan calon daripada pakatan harapan tapi tak kunjung tiba juga,” tambah Yahaya.

,