PRK Bagan Pinang; Selepas 12 Tengahari

411

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/10/11102009141.jpgMenurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Sehingga 12 tengah hari tadi, peratusan keluar mengundi di pilihan raya kecil Bagan Pinang terus meningkat dengan 46.5 peratus atau 4,220 pengundi menjalankan tanggungjawab masing-masing, membabitkan lapan pusat mengundi di 18 saluran.

Dalam perkembangan berkaitan, suasana di UPU Sua Betong, di Sekolah SJK (C) Ladang Sua Bentong agak lengang sejak jam 11.30 pagi tadi. Seorang anggota Polis berpakaian biasa melaporkan jumlah keluar mengundi disitu tidak lebih 150 orang.

Pengerusi Gerakan Tan Sri Koh Su Koon berkata supaya ada perbincangan diantara bekas Presiden MCA , Ong Tee Keat dengan Bekas Timbalan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek. Beliau berkata demikian kepada media ketika melawat SJK (C) Ladang Sua Betong

Manakala di UPU Bagan Pinang, Polis Simpanan Persekutusan telah dipanggil bagi mengawal keadaan pada jam 12.15 tengahari.

Dalam perkembangan lain, Pasukan Peguam PAS mendakwa kes replika duit palsu RM100 yang ditabur di Taman Desa Sirusa semalam adalah provokasi Umno BN.

Sehingga jam 1
petang tadi, SPR mengumumkan sebanyak 54.1% atau 4,905 orang telah keluar mengundi.

Pun begitu, dari ‘sms@UmnoLink’ memberitahu, jumlah undi melonjak sehingga ke 67%, sejak sejam yang lalu.

Beberapa wartawan yang ditemui berkata; tidak menolak kemungkinan bahawa sms liar itu adalah perang propaganda Umno untuk membendung pengundi muda untuk terus mengundi Pas.

1.36 pm; Jika ianya sms liar itu datang daripada Umno, sekaligus mempertikai info Zentrum Studies Institute di bawah kelolaan Dr. Abu Hassan Hasbullah (Universiti Malaya).

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/10/11102009143.jpgPerbezaan besar peratusan keluar mengindun antara SPR dan Zentrum turut diulas Salaheddin petang tadi.

“Kita (Pas) lebih yakin dengan angka keluar mengundi oleh SPR, dari yang lain.”

“Kita juga bimbang, sms atas nama Zetrum itu juga adalah perang propaganda Umno sebenarnya,” kata Salahuddin.

Sehingga jam 2 petang, SPR mengumumkan jumlah keluar mengundi adalah 5371 orang atau 59.2%.

Penyokong kedua-dua parti bertanding yang di beberapa UPU kelihatan reda sejak jam satu petang tadi mula mengabil tempat; meraih undi pada fasa petang Hari Mengundi pula.

Sehingga jam 3 petang, SPR mengumumkan sebanyak 65% atau 5892 orang telah keluar mengundi.

Sehingga jam 4 petang tadi, peningkatan keluar mengundi yang diumumkan hanya meningkat 4.5% sahaja; menjadikannya sebanyak 69.5% atau 6301.

Jika skala keluar mengundi adalah normal sehingga 5 petang, iaitu masa tamat mengundi, dijangkakan peratusan keluar mengundi maksima sekitar 72% hingga 73% sahaja.

Tanpa mengambil kira faktor serta bilangan undi pos tentera; meletakkan Pakatan stabil dan berpeluang menang.

Khalayak, selain menanti peratusan keluar mengundi; sudah ada yang membuat pelbagai perspektif terhadap pengaruh undi pos sekarang