Presiden PAS Ucap Tahniah Operasi Menyelamat Di Thailand Berjaya

335

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Dato’ Seri tUAN gURU Abdul Hadi Awang mengucapKAN tahniah atas kejayaan misi menyelamat 12 pemain bola sepak kanak-kanak Thailand dan jurulatihnya.

“Tahniah kepada pihak penyelamat yang bertungkus lumus berusaha sehingga berjaya, dalam misi yang sangat mencabar ini,” ujar beliau..

Beliau yang juga Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Dunia, berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, 10 Julai 2018.

Pada 25 Jun yang lalu, seramai 12 pemain bola sepak bawah 16 tahun Thailand terperangkap dalam sebuah kompleks di dalam gua yang dinaiki air.

Mereka dipercayai terperangkap akibat air yang naik mendadak di dalam gua berkenaan selepas hujan lebat.

Sehubungan itu, Ustaz Abdul Hadi berkata kejayaan tersebut menunjukkan kebersamaan negara-negara yang menawarkan kepakaran bagi membantu operasi tersebut.

“Kejayaan ini menunjukkan kebersamaan negara-negara dalam menawarkan bantuan kepakaran,” tambahnya.

Justeru itu beliau mendoakan agar kesemuanya sihat dalam menjalani rawatan.

“Kita mendoakan mereka semua sihat dalam menjalani rawatan kesihatan,” kata beliau.