Presiden PAS Belum Perlu Membayar Tuntutan RM2 juta

996

KUALA TERENGGANU – Oleh keraa tiada pemakluman oleh pihak plaintif, peguam Dato’ Dri Presiden PAS, Haji Asmuni Awi telah datang sendiri ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk membuat carian fail dan mengambil salinan dokumen yang berkaitan.

“Pada hari isnin saya datang sendiri ke Mahkamah Tinggi di sini untuk membuat ‘file search’ dan mengambil salinan-salinan (dikumen) yang berkaitan dan ‘confirm’ (telah disahkan) bahawa tarikh Perintah Ingkar itu dimasukkan perintah dimasukkan paa 17hb yang lalu,”ujarnya.

Katanya, walaupun menurut penghakiman tersebut Dato’ Seri Abdul Hadi perlu membayar (sebanyak) RM2 juta, namun Asmuni menegaskan, beliau mempunyai hak untuk mengenepikan perintah itu.

IMG-20140227-WA0037Asmuni berkata, beliau dapati terdapat kelemahan dalam tatacara (prosedur) pengeluaran Perintah itu dan beliau yakin boleh mengenepikannya.

“Jadi kalau mengikut penghakiman, Dato’ Seri (Abdul Hadi) perlu membayar RM2 juta, itu adalah menurut apa yang dinyatakan dalam penghakiman tersebut,

“tapi seperti yang saya katakan tadi, kita ada setiap hak untuk mengetepikan penghakiman itu kerana kelemahan tatacara (prosedur) yang sangat jelas dan juga apa yang dikemukakan oleh plaintif dalam membuat tuntutan itu,

“kita ada asas yang sangat baik untuk mengenepikan penghakiman itu,”tegasnya.

Asmuni menjelaskan, penguatkuasaan keatas Perintah Penghakiman Ingkar itu belum dibuat, dan Dato’ Seri Abdul Hadi tidak perlu membayar tuntutan RM2 juta itu, kerana yang telah dikeluarkan hanyalah deraf kepada perintah tersebut.

“yang ada baru ‘draft order’ (perintah deraf), sebenarnya saya baru semak dengan mahkamah tadi, salinan sebenarnya (fair copy) perintah mahkamah tersebut masih belum dikeluarkan dan belum diperolehi oleh pihak plaintif,

“faktanya, sekiraya perintah tersebut mahu dikuatkuasakan, salinan asal mestilah dikeluarkan terlebih dulu kepada plaintif, barulah pihak plaintif boleh meneruskan tindakan (prosiding) selanjutnya kepada pihak defendan,”jelasnya.