Politik Tidak Berpisah Dengan Agama

390

Melantik pemerintah adalah wajib dalam Islam. Itu ijmak sepakat Ulama Islam. Dalil mereka ialah sebaik kewafatan Nabi saw segera para sahabat bersidang membincangkan siapakah menjadi pemerintah Madinah menggantikan Nabi saw.

Lalu terpilihlah Abu Bakar radiyallahu anhu menjadi pemerintah dengan gelaran “Khalifah”. Ia disambung oleh para sahabat Nabi iaitu Umar, Uthman, Ali, Muawiyah radiyallahu anhum dan seterusnya para Khulafa Islam sepanjang zaman.

Kewajipan pemerintah pula telah disepakati oleh ulamak iaitu “menegakkan agama dan mentadbir bumi dengan agama”.

Pemerintah pula akan disoal di Akhirat terhadap segala polisi pemerintahannya termasuk urusan kewangan dan kebajikan rakyat.

Bagaimana pula dikatakan politik tiada kaitan dengan agama atau dengan aqidah? Itu adalah pemikiran sesat acuan sekulerisma.

Dr Khairuddin Aman Razali