Politik Matang PAS Untuk Kebaikan Semua

256

Oleh : Khairan Mat Jusoh

MARANG- PAS mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera(BPMS) di dalam mentadbir Terengganu adalah untuk kebaikan semua tanpa mengira bangsa dan warna politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan Yang Berhormat Ustaz Sulaiman Sulong berkata dengan kematangan politik juga kerajaan mempunyai hubungan yang baik dengan pembangkang.

Ustaz Sulaiman Sulong sedang memeriksa mata

“Selepas berakhirnya sidang DUN pada minggu lepas, kesemua ADUN daripada kerajaan dan daripada pembangkang telah menyertai pertandingan bowling sesama ADUN, nilai murni seperti inilah yang diajarkan di dalam Islam, ” ujar beliau.

Pengarah PASTI Negeri Terengganu itu memberitahu demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemberian Bantuan Kacamata di Pusat Khidmat ADUN Pengkalan Berangan di sini pada 4 Disember.


“Bantuan yang diberikan pada hari ini kita sememang tidak memilih warna politik, namun sebaliknya diberikan kepada mereka yang sepatutnya layak, begitu juga dengan bantuan-bantuan lain,” jelasnya lagi.

Selain itu tambah Sulaiman lagi, kerajaan yang dipandu oleh PAS sekarang ini tetap meneruskan projek-projek yang dilaksanakan kerajaan terdahulu jika ianya memberi manfaat kepada rakyat, ” ujarnya lagi.