Politik Gempa Bumi Dan Tsunami Menjelang Pemilu Indonesia

558
Jalan ke Kecamatan Sumur di daerah Banten yang dilanda teruk Tsunami Anak Krakatau

Sama sahaja kesan yang dialami, sama ada tragedi gempa yang menggegar Aceh atau Lombok yang bergetar dialun gempa, Tsunami di Palu dan Selat Sunda yang dibadai Tsunami Anak Krakatau.

Kesan utamanya ialah pemikiran.

Kejadian di Pidi Jaya yang meretakkan puluhan masjid, gegaran berpusat di gunung yang memusnahkan rumah warga Lombok dan tanah yang berputar dan menelan dan rumah dan manusi di Sulawesi, meninggalkan perasaan yang mendalam.

Ia bermula dengan trauma.

Pasca Tsunami besar akhirnya yang mengubah lanskap politik, sosio, ekonomi Aceh.

Belum reda, gempa bumi pula menggegar.

Bukan sahaja perubahan mungkin berlaku di peringkat propinsi, kejadian bencana berturut-turut, menggugat kuasa di Jakarta.

Pilihan raya Indionesia yang akan berlangsung pada April depan perlukan kepimpinan yang lebih bertenaga untuk menyelesaikan empat masalah bencana yang melanda.

Bukan sahaja akan dibebani dengan trauma rakyat, berbilion Rupiah diperlukan membangunkan kembali kawasan yang terjejas akibat gempa di Aceh dan Lombok.

Kesan gempa dan tsunama, sebuah hotel di pusat bandar Palu musnah

Gempa bumi dan Tsunami Palu mencatat kerugian hampir USD 100 juta dengan kerugian ekonomi akibat bencana tersebut mencapai Rp 1.99 triliun dan kerosakan mencapai Rp 11.83 triliun

Membangunkan wllayah Banten yang hancur, khususnya membina semula bandar dan jalan menuju ke Kacamatan Sumur yang sangat teruk.

Sebahagian jalan yang sudah sedia rosak, bertambah punah apabila ribuan kenderaan bantuan dan NGO yang prihatin, lalu diatas jalan itu

Apatah lagi sebahagiannya yang tenggelam apabila Tsunami Anak Krakatau melanda.

Untuk menjadikan Indonesia lebih kompeten rakyat perlu memilih tokoh-tokoh yang benar-benar ikhlas berkhidmat.