Polis Sudan Lepaskan Peluru Hidup Kearah Penunjuk Perasaan

652

– Pelajar Malaysia Berlindung Di tempat Selamat

Polis rusuhan di ibukota Sudan, Khartoum, menggunakan peluru dan gas pemedih mata secara langsung dalam usaha menyuraikan penunjuk perasaan yang menuju ke istana Presiden.

Video yang dipaparkan dalam talian didakwa menunjukkan orang ramai menuju kearah premis yang menjadi kediaman Omar al-Bashir, pada hari Selasa, yang terletak di tebing Sungai Nil Biru.

Para ‘demonstran’ menanyikan lagu-lagu patriotik dan melaung sloga, “Damai, damai terhadap pencuri” dan “Rakyat ingin menurunkan rejim” sebelum polis mulai menembak kepada khalayak.

Perbuatan merusuh itu berlaku selepas lima hari perhimpunan menentang kerajaan, dengan penunjuk perasaan meluahkan rasa marah atas kenaikan harga, kekurangan barangan asas dan krisis tunai.

Al Jazeera melaporkan, gesaan agar presiden meletakkan jawatan semakin kuat dengan jumlah orang ramai semakin menambah untuk protes, yang telah dirancang untuk beberapa hari.

Sementara itu, laporan dari sumber yang dipercayai menyebut, para pelajar Malaysia telah selamat dibawa ke suatu tempat yang selamat, namun tiada butiran lanjut.

Satu catatan dipercayai oleh sakah seorang dari mereka berkata, mereka sedang menuju ke kawasan penempatan kakitangan Petronas, sebagai tempat berlindung.

pelajar Malaysia yang belajar di Sudan Utara sedang menuju ‘Safe Heaven’ yang merupakan kuarters Petronas disana sebagai tempat untuk berlindung.

“Langit tiada secerah sebagaimana sebelum ini, kebimbangan dan ketakutan mula menyelubungi. Umpama kegelapan yang tiba-tiba hadir tanpa dijemput,

“Sudan di ketika ini sedang mengalami krisis yang hebat, ianya terjadi lantaran pemberontakan rakyat yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Omar Hasan Ahmad Al-Bashir dan barisan menteri kabinet disana,” menurut catatan tersebut.

Antara faktor lain yang memarakkan api protes itu, menurut sumber tesebut, sama sebagaimana yang dilaporkan media antarabangsa.

“ia adalah kerana berlaku kenaikan harga barang yang cukup tinggi, menyebabkan amukan rakyat, umpama lava gunung berapi yang meletus,

“suasana di ketika ini, senjata api ditembak dan dihala kepada rakyat umpama pistol air,” tambah sumber itu.