Poligami Lebih Indah Apabila Dikemudi Dengan Betul

799
Gambar hiasan

Oleh : NurQaisara

‘Poligami’ akan jadi lebih indah apabila dikemudi dengan cara yang betul dalam sesebuah kekeluargaan yang bahagia.

Sebagai ketua keluarga sudah menjadi tanggungjawab suami untuk bijak mendidik isteri apatah lagi bagi lelaki yang berpoligami.

Begitu juga dengan isteri selalu diingatkan supaya bersangka baik dan saling bantu membantu serta menghormati sesama sendiri.

Yang paling utama dalam sebuah keluarga sentiasa menjaga maruah dan nama baik suami.

Bagi suami pula mesti memastikan selalu solat bersama isteri- isteri termasuk menghadiri kelas agama bersama-sama mereka.

Dan yang paling penting untuk suami membimbing isteri-isteri supaya reda dan tenang serta jalani hidup bahagia.

Selain itu juga, faktor komunikasi dengan isteri- isteri juga penting untuk merapatkan silaturahim.

Apa yang pasti dalam al-Quran sudah diberikan pelbagai petunjuk oleh Allah SWT untuk dijadikan panduan.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 3 “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan) perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hamba hamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”

Ini diperkuatkan lagi oleh ayat Surah an-Nisa 129 yang menyatakan “Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya) Apabila al-Quran menegaskan dengan jelas mengenai keadilan terhadap wanita dan layanan yang adil terhadap para isteri, ia juga mengakui betapa mustahilnya memenuhi syarat ini. Dengan menekankan keperluan bagi layanan yang adil dan saksama untuk kesemua isteri, ayat 4:3 tidak boleh dilihat sebagai menggalakkan poligami.

Agama Islam membenarkan seorang lelaki berkahwin dua, atau tiga atau empat apabila mampu dengan syarat dan keadaan tertentu.

Walau bagaimanapun Islam menetapkan si suami berlaku adil dan saksama kepada isteri-isterinya.

Seorang yang telah berpengalaman 20 tahun menjalankan hidup berpoligami berkata bahawa dalam menghadapi isu poligami ini, hendaklah seseorang itu berani untuk meneruskan kehidupannya.

Dan jangan lemah dan dan patah semangat dalam mengahdapi apa jua cabaran yang mendatang.

Dugaan dan ujian datang dari segenap sudut, apabila seseorang berpoligami bukan sekadar suka-suka tetapi ada tujuan iaitu untuk berjuang menegakkan agama Allah SWT.

Namun pelbagai tuduhan yang biasa dilemparkan bagi mereka yang tidak bersetuju dengan poligami walaupun ia adalah sesuatu yang dihalalkan oleh Allah.

Ada antaranya yang berkata, perempuan yang berplogami, bernikah kerana ingin menumpang kasih dan kebahagian orang lain, dengan meruntuhkan ruahtangga yang telah dibina oleh isteri pertama.

Oleh kerana perasaan cemburu, mereka berebut ‘batang tubuh’ si suami, sedangkan jasad yang diberikan oleh Allah ruh itu, bila-bila masa akan dijemput ilahi, dan menjadi reput.

Sesungguhnya mereka yang ikhlas untuk berpologami perlu meletakkan cinta kepada Allah adalah kekal abadi, cinta yang hakiki, dan ingat hidup didunia adalah sementara untuk merebut peluang yang Allah berikan selama bernafas diatas muka bumi ini, untuk beribadah dan meangabdikan diri kepada Allah.

Jsteru soal keadilan yang ditekankan untuk mereka yang berpoligami adalah perkara yang boleh dilaksanakan, dengan kerjasama para isteri.

Keadilan yang diwajibkan keatas suami sebenarnya bukanlah bergantung kepada lelaki ataupun suami semata-mata.

Adil ini mestilah ditampung oleh perasaan dan kasih sayang dan pengorbanan para isteri bagi mengekalkan suasan harmoni dalam rumahtabgga.

Misalnya, soal ‘keadilan’ bagi melaksana jadual giliran diantara isteri, Rasulullah SAW sendiri pernah diminta oleh isteri yang lebih tua iaitu Ummnu salamah memberikan laluan kepada Rasulullah supaya pergi sahaja kepada isteri yang lebih muda kerana beliau sudah tua.

Ini menunjukkan bahawa keadilan itu boleh dibantu oleh para isteri.

Jadi, tidak perlu menjadikan ia sebagai isu dalam melayari bahtera rumah tangga yang aman dan sejahtera, kerana pangkat harta dan kedudukan juga tidak kekal selamanya.

Ia juga pernah melibatkan isteri-isteri nabi, sehingga Nabi SAW ditegur oleh Allah dalam surah At-Tahrim berkait rapat dengan persoalan keadilan dan terhadap para isteri.