PKP Cetus Idea Pasarkan Kambing Perap

206

((LIVE)) 5 JULAI 2020 | Ahad Inspirasi Keusahawanan Muslim bersama IN SAFF MART & DISTRIBUTOR SDN BHD kenali produk keluaran syarikat ini, iaitu Kambing Perap Muzdalifah. Resipi istimewa, inspirasi tanah suci. Like | Share | Komen #HarapTV #CrewLubna #InspirasiKeusahawananMuslim #InsaffEMart #KambingFrozenMuzdalifah

Posted by Harap TV on Saturday, July 4, 2020

Oleh : Emi Kamal

KUALA TERENGGANU – Kesukaran menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) cetuskan idea kepada syarikat In-Saff Mart & Distributor Sdn. Bhd untuk memasarkan ‘Kambing Perap Muzdalifah’.

Menurut Pengurusnya, Muhamad Izzat Mohd Iqbal, resipi istimewa inspirasi dari ‘tanah suci’ menjadikan produk In-Saff Mart itu, lain dari produk seumpamanya, di pasaran.

Katanya, perniagaan pelancongan, Haji dan Umrah yang dikendalikan oleh syarikat induknya, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd (ITT) , amat terkesan disebabkan penularan wabak pandemik Covid19.

“pada permulaannya keluaran Kambing Perap Muzdalifah hanya 20 kilogram sehari dan dipasarkan di sekitar Kuala Terengganu sahaja, namun tiga bulan selepas itu berjaya melonjakkan hasil pengeluaran kepada 1000 kg sehari bagi memenuhi permintaan yang meningkat dari dalam dan luar negeri Terengganu,

“Teringat memori kami lepak (bermalam dan BBQ kambing) di Muzdalifah, terus kami letak nama Muzdalifah sebagai jenama kambing perap kami,” ujarnya ketika ditemui, semalam.

Oleh itu, kata beliau, seramai 70 orang kakitangan ITT telah diserap masuk, bagi mengusahakan pengeluaran dan pemasaran, sekaligus menjaga sumber pendapatan mereka selepas terjejas teruk sepanjang PKP.

Justeru, beliau bersyukur dan mengucapkan terima kasih dengan insentif bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu.

Selain itu, sumbangan Insentif Subsidi Upah daripada Kerajaan Persekutuan, tambah beliau, dimanfaatkan sepenuhnya dalam meneruskan kesinambungan operasi syarikat.

“Alhamdulillah, saya sangat bangga dengan pasukan yang ada ini, kami dapat sesuaikan diri dengan cepat dalam bidang yang baharu,

“Perniagaan ini boleh berkembang atas dasar kita nak tolong orang lain yang terjejas pendapatan dengan penularan virus Covid 19,” jelasnya dalam progam wanwancara yang disiarkan secara langsung melalui Harap TV.

Sehubungan itu, beliau mempelawa kepada orang ramai, para peniaga dan bakal usahwan untuk berkolaborasi, bersama-sama memanfaatkan peluang mengedar ‘Kambing Perap Muzdalifah’.

“Pejabat operasi In Saff Mart Distributor Sdn Bhd terletak di Kuala Terengganu, dan mempunyai enam Hub Stokis dengan 70 agen di seluruh Semenanjung Malaysia,

“Peluang perniagaan sebagai agen turut dibuka dan boleh berurusan secara dalam talian melalui FB page Kambing Frozen Muzdalifah dan In Saff EMart,” kata beliau.