PH Tidak Boleh Dikritik, Hanya Boleh Diampu

468

Di sebalik janji kebebasan bersuara akedemik dan media yang telah di utarakan Pakatan Harapan, kenyataan Datuk A. Kadir Jasin hari ini yang menyelar tulisan seorang pensyarah UKM Abdul Muein Abadi kerana mengkritik Kerajaan PH dan DAP adalah sangat tidak munasabah dan masuk akal.

Apa yang boleh kita semua lihat dalam tulisan beliau yang bertajuk “ 400 Hari Pakatan Jual Lebih RM 20 Billion Aset Negara “ adalah penuh sarat dengan hujahan bernas dan fakta termasuk artikel sokongan sebagai rujukan daripada portal berita ternama seperti Reuters, The Edge Market, Deal Street Asia, Astro Awani, The Malaysian Reserve dan banyak lagi portal arus perdana yang turut memuatkan berita tersebut.

Jika benar seperti kata Datuk A. Kadir Jasin bahawa tulisan Abdul Muein Abadi kononnya adalah tidak berasas mahupun fitnah, rasanya Datuk A. Kadir Jasin patut juga menempelak portal – portal berita utama yang turut menyiarkan berita tersebut seperti Astro Awani, Reuters, The Edge Market dan juga yang lain – lain.

Tidak cukup dengan menempelak, malah saya sarankan Datuk A. Kadir Jasin menggesa Kerajaan agar menyaman kesemua portal media utama tersebut kerana menyiarkan berita yang tidak benar ataupun “ Fake News “ ataupun menggantung lesen mereka.

Adalah tidak memadai dengan meminta UKM mahupun Kementerian Pendidikan untuk memantau kualiti hujahan mahupun kecenderungan akedemik seorang pensyarah seperti Abdul Muein Abadi, tulisan beliau yang mengambil fakta mahupun sandaran daripada portal – portal utama patut juga di ambil kira. Adakah portal – portal media tersebut menyebarkan fitnah atau berita palsu dan tidak mahu siasatkah kecenderungan politik portal – portal tersebut ?

Saya rasa cukup ramai wartawan yang beretika dan bersandarkan fakta ketika melaporkan atau menulis berita. Sebagai seorang pensyarah kanan di sebuah universiti terkemuka di dalam negara, saya merasakan sudah tentunya Abdul Muein Abadi cukup berhati – hati dalam mengambil sumber, mengkaji serta menulis seperti apa yang beliau tulis agar tidak di kategorikan sebagai fitnah dan penyebar kepalsuan.

Saya percaya Abdul Muein Abadi dan ramai ahli akedemik menghargai kebebasan bersuara yang di kecapi sekarang. Di atas dasar itu, saya percaya kritikan beliau terhadap Kerajaan adalah lebih bersifat teguran yang konstruktif agar Kerajaan lebih peka terhadap keadaan ekonomi negara dan ke mana arah untuk memacunya agar lebih berdaya maju dan mampu bersaing di peringkat global.

Namun jika hanya agenda menjual aset negara yang menjadi keutamaan untuk menampung keperluan perbelanjaan Kerajaan dan bukan meneroka pasaran dan cabang ekonomi baru, maka adalah logik dan munasabah hutang negara mampu mencecah RM 1 Trillion tidak lama lagi seperti yang di dakwa Menteri Kewangan.

Sebagai wartawan yang cukup berpengalaman dan senior serta berjawatan sebagai Penasihat Media Perdana Menteri, saya rasakan Datuk A. Kadir Jasin patut terbuka dan berlapang dada ketika Kerajaan di tegur.

Seharusnya jika benar apa yang di tulis oleh Abdul Muein Abadi atau yang di laporkan oleh portal – portal media utama tersebut adalah tidak benar dan fitnah, awal – awal lagi beliau boleh ambil tindakan seperti menghentikan sebaran berita tersebut dan menyaman portal media berkenaan kerana menyebarkan berita palsu.

Malah ada berita – berita berkenaan sudah berbulan lamanya. Mengapa bila selepas Abdul Muein Abadi mengkaji, mengulas dan menulis baru di katakan tidak berasas dan penyebar fitnah ? Adakah ada dua darjat atau kasta dalam dunia akedemik mahupun kewartawanan, jika condong kepada pemerintah di puji dan jika tidak di herdik dan di caci walau berfakta ?

Nyatalah Kerajaan PH tidak boleh di kritik walau berfakta serta tidak mengambarkan apa yang di katakan sebagai Malaysia Baharu. Jika begini keadaannya, maka wajarlah Kerajaan PH di tumbangkan di PRU akan datang. Ayuh kita kembalikan kegemilangan Malaysia di mata dunia, tolak PH di PRU akan datang nescaya Malaysia akan kembali gemilang.

Muhammad Khalil Abdul Hadi.
AJK PAS Pusat.