PH Terkejut, Gerun Dengan Muafakat Nasional

1553

Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA TERENGGANU – Para pemimpin Pakatan Harapan (PH) terkejut dan gerun apabila Muafakat Nasional berjaya direalisasikan oleh PAS dan Umno.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, mereka ketakutan apabila diumumkan Piagam itu, antara kedua-dua parti Melayu terbesar itu.

“Jika perkara ini tidak menakutkan mereka, sudah pasti, mereka akan ketawa dan tidak menghiraukan program berkenaan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Karnival Rakyat Sejahtera, di Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, semalam Sabtu 12 Oktober.

Menurutnya, program tersebut merupakan anjuran “Buluh Gading Care” yang berlangsung pada 10 Oktober hingga 12 Oktober 2019.

“Pelbagai aktiviti dan acara telah dianjurkan antaranya Malam Kesenian Islam, Pertandingan Memasak, dan banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan,” ujar beliau.

Oleh itu katanya, lebih 2000 rakyat dari seluruh pelosok kawasan Kuala Nerus membanjiri tapak program tersebut.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Kelantan, Md Alwi Che Ahmad, dan ADUN Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim.