PH Menambahkan Hutang Negara

309

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Kerajaan PH meletakkan kewangan negara dalam keadaan defisit dan terpaksa menambahkan hutang menjadikan keadaan ekonomi semakin parah.

Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata ianya perkara yang sangat pelik didalam masa yang singkat hutang semakin bertambah.

“Akhir disember 2017 hutang negara 686.8 bilion diwaktu (kerajaan) Barisan Nasional.

“Apabila pengambil alihan tahun 2018 pada 9 Mei, masuk 10 Mei sehingga disember 2018 hutang negara meningkat 725.4 bilion meningkat naik,” ujarnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Dungun.

Ahli Parlimen Dungun itu berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Isu Semasa Karnival Bukit Besi Sejahtera, di Padang Astaka Jerangau Sungai, Bukit Besi, pada Sabtu 2 November.

Beliau menambah, pernah dibangkitkan oleh beliau pada sidang parlimen terdahahulu mengenai peranan Tabung Harapan, malangnya hutang semakin meningkat dari Mei sehinggan september ketika ditanya melalui soalan bertulis.

“Hutang meningkat lalu dijual aset-aset negara dikatakan hendak buat bayar hutang.

“Hendak bayar hutang aset dan khazanah negara dijual mesti (hutang) turun mengapa terpaksa naik,” bidasnya.

Tempelaknya lagi, PH tidak cekap mengurus tadbir negara ianya dapat dilihat didalam pembentangan bajet 2020 baru-baru ini.

“Kerajaan terpaksa mengeluarkan Ringgit Malaysia (RM) 297.02 bilion.

“Hasil yang kerajaan jangka akan perolehi ialah 244.53 bilion dari hasil kutipan cukai-cukai lansung dan hasil-hasil bukan cukai serta yang diperolehi, dicampurkan semua, sedangkan yang hendak dibelanjakan 297.02 bilion,” jelasnya

Menurutnya, jika jumlah berkenaan hanya digunakan untuk projek mengurus tidak akan berlaku defisit kerana dengan perbelanjaan 241.02 biliok akan berbaki.

Namun katanya, apabila ianya melibatkan perbelanjaan untuk pembangunan apabila melibatkan perbelanjaan 56 bilion.

“Disinilah kerajaan terpaksa berhutang (lagi) 51.72 maknanya belajawan (2020)yang kita sebut bajet ini (adalah) defisit,” ujarnya.

Maka tegas beliau, apa yang dikehendaki dan dimpikan oleh rakyat bagi melihat sebuah kerajaan baru yang lebih baik tidak akan tercapai.

Rakyat jelasnya, memiliha sesebuah kerajaan dia melihat pada janji dan juga manifesto yang dibuat oleh sesebuah parti ternyata PH tersasar dari memenuhi janji-janji manifesto mereka.