PH Kerajaan ‘Ancaman’

273

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Kerajaan Pakatan Harapan yang didominasi oleh ahli parlimen bukan Islam telah menjadi satu ‘ancaman’ kepada rakyat Malaysia.

Ahli Jawatankuasa PAS Terengganu, Haji Amzad Hashim berkata, walaupun Perdana Menteri seorang Islam, namun hala tuju negara ditentukan oleh orang lain.

“Rakyat Malaysia khsusnya (kalangan) orang Islam boleh melihat bagaimana tindakan-tindakan (PH) yang menyentuh sensitiviti berkait dengan agama Islam.

“(Juga) tindakan yang menyentuh sensitiviti berkait dengan kedudukan orang-orang Melayu,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata demikian ketika berucap pada Program Karnival Bukit Besi Sejahtera, di Padang Astaka Jerangau Sungai, pada Sabtu 2 November.

Oleh itu, beliau menyeru agar umat Melayu Islam, bangkit dan Senario memberi sokongan kepada Muafakat Nasional.

“Maka sekarang ini semua bercakap tentang penyatuan (bermula) dengan pelancaran di PWTC (pada) sebulan yang lalu,

“Sudah tiba masanya mengorak langkah menyatupadukan (rakyat) negeri kita, ambil balik negara (Malaysia) kita ini,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menempelak pihak yang mendakwa gabungan ta’awun itu adalah bersifat perkauman.

Malah katanya, kaum lain turut hadir pada Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC itu.

“Kita nak menyampaikan satu mesej membawa maksud kesejahteraan kepada seluruh kaum.

“Didalam sejarah Islam apabila orang Islam berada di tampuk kepimpinan semua bangsa boleh selamat, aman dan tenteram,” ujar beliau.