PH Jangan Terus Tuding Jari

806

Ooeh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Malaysia (DPPM) menasihati kerajaan Pakatan Harapan (PH), cukuplah menyalahkan parti lain dan mereka harus fokus dengan berusaha memperbaiki keadaan.

Ketuanya Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, ianya juga untuk menjaa kemaslahtan rakyat terutamanya yang terpinggir dan tertindas.

“PAS semestinya bersedia untuk membuat anjakan paradigma terhadap suasana politik PASCA Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 dengan terbentuknya kerajaan pusat yang baru di Putrajaya,

“(dan) Kerajaan PH dilihat agak kurang mendapat sokongan majoriti umat melayu Islam tradisional yang menjadi akar umbi majoriti rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Ucaptama Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke-58 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam pada hari ini, Jumaat, 14 September.

Katanya, kerajaan PH sekarang ini dilihat tersepit dengan kebangkitan dan tuntutan yang kadangkala seolah-olah ingin merubah janji setia pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu daripada pimpinan bukan Islam mereka sendiri.

“Isu-isu perkahwinan bawah umur tanpa merujuk ijtihad dan kesepakatan ulama muktabar, penderitaan anak-anak di pusat –pusat asuhan, perjalan segelintir maahad tahfiz dan sekolah-sekolah agama rakyat berasrama, tuntutab feminisme dan LGBT,

“hak-hak tanggungjawab wanita islam untuk berpakaian menutup aurat dan patuh syariah, sudah mula di momokkan di media cetak arus perdana dan media elektronik serta media sosial,

“(dan) jelas isu-isu kewanitaan dan kekeluargaan terutama yang berkait dengan agama islam sedang di gembar-gemburkan dengan polemic politik seolah-olah untuk menjana persepsi buruk terhadap PAS an pentadbiran kerajaan terdahulu,” jelasnya.

Menurutnya, segala gejala kemelut yang berlaku ini seolah-olah hendak meletakkan kesalahan kepada PAS dan kerajaan terdahulu.

“Trend yang berlaku sekarang ini kerajaan PH sering menyalahkan pihak lain ke atas kegagalan mereka menunaikan janji manifesto dalam tempoh 100 hari,

“dengan alasan bahawa manifesto bukan kitab suci yang mengikat mereka patuh pada janji-janji mereka sendiri,

”(dan) Kita juga kena sedar tentang status Umno BN yang bukan lagi sebagai kerajaan memerintah tetapi telah menjadi pembangkang seperti kita,” jelasnya.

Selain daripada itu, usaha Ta’awun Syiasi selepas kejatuhan Umno BN tidak boleh dipandangsepi oleh semua pihak samada kepimpinan dan semua ahli muslimat.

Justeru beliau berharap agar tiada suara sumbang yang terbawa-bawa dengan angkara lepas
tanpa melihat tugas dan tanggungjaab dakwah dalam meneruskan kerja amar makruf dan nahi mungkar dalam menyantuni sasaran mad’u.