Pesta Muzik Biadap Cabar Kuasa Allah?

276

Oleh: Ustaz Muhammad Farkhan

Penganjuran Future Music Fest 2014 Phase 2 yang dianjurkan selama tiga hari di Stadium Negara Bukit Jalil adalah satu tindakan biadap dan tidak menghormati sensitiviti rakyat Malaysia.

Ia bermula sejak hari Khamis (13 Mac) dengan menampilkan 70 persembahan artis dijangka menarik hampir 80,000 penonton.

Pesta ini tidak dibenarkan untuk mereka yang berumur 18 tahun ke bawah dan dikatakan mesti mengenakan kod berpakaian yang ditentukan oleh pihak penganjur.

Hari ini kita diuji oleh Allah dengan ketidaktentuan cuaca sehingga dilaporkan 10,000 kebakaran hutan, jerebu hingga tahap yang membimbangkan dan kehilangan pesawat MH370, namun pihak kerajaan masih membenarkan pesta muzik diadakan untuk menjahanamkan anak muda Malaysia.

Pesta ini dianjurkan oleh Livescape Asia dan Future Entertainment Australia.

Saya melihat ramai pihak menganjurkan solat hajat di masjid-masjid dan solat istisqa’ memohon pertolongan Allah untuk menurunkan hujan, namun sebaliknya, pada masa yang sama, anak-anak muda terkinja-kinja berpesta dengan hampir 90% band antarabangsa di stadium.

Jangan mencabar kuasa Allah dan kita bimbang pertolongan Allah tidak diberikan dengan wujudnya lambakan pesta-pesta seumpama ini.

*** Ustaz Muhammad Farkhan ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan