Peserta ‘RTB Cakuh 9’ Tuntut Hak Dari KETENGAH

292

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Satu Jawatankuasa bertindak telah dibentuk oleh peserta Rancangan Tanah Berkelompok Cakuh 9 bagi menuntuk kembali hak mereka dari Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Neger (MTD), Ghazali Sulaiman berkata dari jawatankuasa berkenaan maka akan mengadakan pertemuan dengan pihak KETENGAH.

“Kerana kawasan itu sekarang telah dimiliki geran atas nama KETENGAH.

“Mereka (peserta) berharap agar dapat dikembalikan semula hak mereka, dimana mereka betul-betul usahakan tanah berkenaan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini, mengulas berkait dengan pertemuan bersama para peserta di RTB berkenaan, pada Sabtu lalu.

Jelasnya, para peserta turut merasa tertipu apabila pada awalnya mereka membantu pihak KETENGAH menunjukkan sempadan.

“Lepas pada dua, tiga bulan (tahun terdahulu) kemudian baru tahu KETENGAH memohon kesemua kawasan yang telah mereka ‘retoh’.

“Dengan anggapan pada awalnya, dijangka KETENGAH tidak mengambil tanah mereka ‘retoh’,” katanya.

Permasalahan tanah berkenaan timbul apabila permohonan ketika tahun PAS memerintah Negeri Terengganu belum sempat dapat geran kekal.

“Maknanya pada tahun kemenangan PAS itu telah dipohon di peringkat Kerajaan Negeri Terengganu.

“Setelah sekian lama didapati tahun 2014 itulah, tanah berkenaan telah diserahkan kepada KETENGAH,” jelas beliau.

Maka dengan hal demikian, tambahnya lagi, penduduk telah melakukan protes dan bantahan.

“Surat kepada menteri besar sebelum ini telah dihantar termasuk ketika era Ahmad Said dan Ahmad Razif malah menteri besar sebelum itu lagi,” jelasnya.

Beliau mengharapkan agar usaha penubuhan jawatankuasa bertindak berkenaan akan memberi sinar kepada mereka yang telah awal mengusahakannya.

Pertemuan berkenaan turut dihadiri, Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI), Naraza Muda.