Perwakilan Matang Mendepani Provokasi

181

KUALA TERENGGANU – Muktamar Parti Islam Se-Malaysia(PAS) kali ini mencerminkan kematangan perwakilan dalam mendepani provokasi politik semasa.

Pengarah Ameerah Malaysia, Zuraida Mohd Nor memuji perwakilan yang tidak terpengaruh dengan dengan sentimen yang dimainkan oleh pihak lawan.

“Saya melihat perwakilan memberi fokus pada isu yang lebih utama berkaitan pengukuhan parti dan pemerintahan negara.

“Terutamanya apabila kita bermuktamar di saat isu kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah agak panas,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Ameerah negeri Terengganu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Pasca Muktamar PAS Kali ke- 66 yang diadakan di Kota Bharu baru-baru ini.

Menurutnya, muktamar kali ini dalam suasana yang cukup berbeza kerana menjaga SOP Pencegahan Penularan Jangkitan Covid 19 , namun semangat ukhwah dan perjuangannya tetap sama.

“Usul-usul yang dibawa dalam Muktamar Dewan Muslimat sendiri adalah usul-usul bersifat kenegaraan , bersesuaian kedudukan PAS yang sudah berada dalam Kerajaan Persekutuan,” jelasnya lagi.