Peruntukan RM1 juta Bayar Gaji

8125

DUNGUN – Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukan RM1 juta untuk membayar gaji semua kakitangan Majlis perbandaran Dungun (MPD).

Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, seramai 400 orang pekerja akan menerima daripada peruntukan tersebut.

“Isu sampah dan pembangunan daerah Dungun merupakan topik utama dalam pertemuan Ahli Parlimen Dungun dengan Majlis Perbandaran Dungun,

“dan beliau meminta Yang Dipertua PAS dan pegawai serta kakitangan Majlis Perbandaran Dungun bekerjasama dengan kerajaan negeri,

“dan dalam perancangan serta pelaksanaan pembangunan daerah Dungun supaya semua rakyat dapat hidup lebih selesa dan berkat dengan rezeki yang melimpah ruah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laman sosialnya selepas membuat kunjungan Ke MPD pada Selasa, 12 Jun.

Katanya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Encik Osman Bakar telah memberi taklimat dan menjawab beberapa soalan daripada rombongan PAS Kawasan Dungun.

“Turut sama dalam pertemuan tersebut adalah Wakil daripada PAS Kawasan Dungun,” ujarnya.