Pertemuan PAS-Hamas Rungkai Agenda Kesatuan Ummah

150

Oleh : Aziz Hambali

MARANG – Parti Islam SeMalaysia(PAS) dan Hamas terus istiqamah bergerak seiring dalam satu saf perjuangan dalam usaha menguatkan lagi kesatuan ummah di peringkat antarabangsa.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, pertemuan tersebut antaranya berkisar mengenai perbincangan untuk mengukuhkan lagi kesatuan ummah dalam kalangan penduduk antarabangsa.

“Kami berbesar hati bertemu pemimpin HAMAS yang diketuai oleh Syeikh Ismael Haniyya di Putrajaya, bagi menzahirkan kebersamaan Malaysia terhadap perjuangan membebaskan bumi Palestin,” ujar Ahli Parlimen Marang itu.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi akaun ‘facebook’ rasmi beliau yang turut memuat naik beberapa gambar pertemuan tertutup itu yang diadakan di Putrajaya pada 23 Januari.

Turut serta dalam pertemuan tertutup itu adalah Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ustaz Ahmad Yakob, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan.