Pertahan Kemenangan, PAS Bukan Kerajaan Sepenggal

234

Oleh :Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Muslimat diharap mempertingkatkan gerakerja untuk mempertahankan kemenangan supaya PAS bukan ‘kerajaan sepenggal’ seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Ketua Jabatan Pilihan Raya Muslimat PAS Parlimen Dungun(JPrMPD), Rugayah Mahmood berkata muslimat yang merupakan tenaga penting di dalam Parti Islam Se-Malaysia(PAS) mestilah pergiatkan usaha untuk menyedarkan masyarakat kewajipan mendaftar sebagai pengundi.

“Teruskan gerak gempur mencula undi dari rumah ke rumah dan kenal pasti bukan sahaja orang muda malahan orang tuapun ada yang tidak daftar mengundi,” ujarnya.

Ketua Muslimat Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang iti juga bercakap demikian sempena Lawatan JPrMPD ke DUN Rantau Abang di Pusat Komuniti DUN di sini pada 11 Februari.

Disamping itu, katanya munajat yang memberi kekuatan dalaman dan hubungan kita dengan Allah tidak seharusnya di hentikan.

“Munajat yang menjadi rutin kita sebelum PRU14, kita mesti teruskan, tidak seharusnya terhenti, kerana cabaran masa menang ini lebih sukar hanya hubungan dengan Allah sahaja memberi kekuatan,” jelasnya kepada muslimat yang hadir dari seluruh DUN tersebut.