Persediaan Menyambut Aidilfitri Hangus

2465

BESUT – Persediaan menyambut Aidilfitri hangus apabila rumah keluarga Muhammad Sahzrain Aiman Bin Abdullah seorang pelajar PASTI As-Sakinah, Gong Bayor telah dijilat api dalam sebuah kebakaran kelmarin.

Pengerusi Pasti Kawasan Besut Mohd Syamri Abd Razak berkata, semua kelengkapan yang telah disediakan untuk menjelang hari raya Aidilfitri hanya beberapa hari sahaja lagi lenyap dan terbakar dalam sekelip mata.

“Ujian berat yang dihadapi apabila sebuah rumah 100 peratus terbakar (keseluruhannya),

“tetapi alhamdulillah seluruh keluarga selamat (daripada kebakaran tersebut),” katanya

Beliau berkata demikian dalam laman sosial beliau, pada Rabu, 13 Jun.

Menurutnya, beliau menyeru agar sama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban keluarga mereka,

Katanya, sumbangan boleh dihulurkan melalui akaun PASTI BESUT 13035010053155 (Bank Islam) atau 563046322058 (MAYBANK).