Persediaan Hadapi Musim Tengkujuh Sudah Bermula

255

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU- Persediaan awal dalam mengelakkan berlakunya banjir kilat dan limpahan air ketika hujan lebat, adalah penting bagi semua cawangan PAS dan Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK).

Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah memuji tindakan yang diambil oleh PAS cawangan Wakaf Mempelam dan Majlis Perwakilam Kominiti Kampung (MPKK) yang menyewa mesin ‘case’ untuk membersih aliran longkang dan saliran.

“Satu langkah yang amat baik kerana adalah penting setiap Cawangan dan MPKK mengawal selia tempat- tempat yang perlu kepada gotong royong untuk dibersih dan sebagainya, ” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam itu berkata demikian ketika meninjau beberapa tempat berisiko di dalam DUN Wakaf Mempelam di sini pada 6 November.

Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

” Pada cuti perayaan Deepavali, cawangan dan MPKK mengambil kesempatan dengan melakukan gotong royong membersih longkang dan parit tersumbat, ” beritahu beliau.

Beliau seterusnya berkata antaranya, Cawangan PAS dan MPKK Padang Sena, Gong Pauh dan Kubang Tangga yang bergabung membersih persekitaran perumahan Taman Sri Nilam.

Sementara itu, Pengerusi MPKK Kampung Wakaf Mempelam, Azmi bin Ali yang ditemui pula berkata tindakan tersebut diambil memandangkan kawasan ke Kampung Kayu Tinggi dan sekitarnya, berhampiran jalan utama kampung di kelilingi sawah terbiar.

“Dan selalu terjadi paras air melimpahi jalan bila hujan lebat, ” ujarnya.

Jadi tambah beliau lagi, satu cara adalah dengan mendalami sawah terbiar dan juga membersih saliran perparitan yang sedia ada untuk mengelakkan air hujan melimpah ke rumah- rumah berdekatan.

Manakala di Losong Atap Zing, Pengerusinya Mohd Azhan Haji Suhaili turut mengadakan gotong royong membersih perparitan sekitar Kampung Losong Atap Zing