Permukiman Mantapkan Kekuatan Pemuda Chukai

245

Oleh : Ahmad Ezani Razali

KEMAMAN – Permukiman (Retreat) diharapkan dapat menjana kekuatan anak muda DUN Chukai mempertahankan PAS di Terengganu.

Ketua Pemudanya, Ustaz Ahmad Khairuddin Mohd Zaki berkata, Pemuda PAS DUN Chukai (PPDC) telah mengadakan Permukiman (Retreat) seluruh Ahli Jawatankuasanya selama tiga hari bermula pada Khamis.

Katanya, program tersebut yang berlangsung di Kampung Janda Baik, Pahang telah dihadiri oleh seramai 22 orang anggota sayap kanan PAS Chukai itu adalah bertujuan memperkemaskan gerak kerja parti.

“Saya mengharapkan ‘Retreat’ pada kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh seluruh ahli jawatanKuasa untuk kita sama-sama duduk berbincang, melontarkan idea-idea dan mencari keputusan yang terbaik dalam menjalankan gerakerja bagi memantapkan lagi PAS DUN Cukai dari masa ke semasa.

“Semoga Allah menjadikan perkara yang dibincangkan pada kali ini adalah satu perbincangan yang baik dimana dalam masa yang sama dapat dilaksanakan dengan jayanya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program tersebut semalam, Jumaat, 2 Ogos.

Justeru itu,beliau berharap hasil Permukiman itu dapat menjana kekuatan anak muda DUN Chukai mempertahankan PAS di Terengganu.

Retreat tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ramlan Mahmood dan majlis penutupnya disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Nasir Razak.