Perlaksanaan Enakmen Syariah; Hanya Orang Luar Bising

942

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Rakyat Negeri Terengganu menyambut baik perlaksanaan enakmen syariah di negeri tersebut tetapi sebaliknya orang luar ‘bergegar’ bising memprotes.

Sehinggakan, kata Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, bukan sahaja di Kuala Lumpur, malah BBC London turut melahirkan kononnya bantahan mereka.

“Macam baru ni sebatan syariah di Terengganu, tutup aurat kepada atlet, orang Terengganu kita tiada masalah, dua atlet SUKMA yang kita bawa pergi umrah kata, ‘memang kita pun nak tutup aurat’,” ujar beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Terengganu, berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar PPSR Tahun 2018 di Dewan Perbandaran Dungun di sini pada 27 Disember.

Oleh itu beliau berkata, anak-anak adalah harta yang bakal mencorakkan masa hadapan agama, bangsa, negeri dan negara.

“Anak-anak kita yang ada di hadapan ini, dijadikan aset bukan kepada ibu bapa sahaja, tetapi juga harta kepada kerajaan negeri Terengganu Darul Iman.

“Allah Ta’ala berikan kecemerlangan ini supaya kita ‘chanel’ kan dia(pelajar cemerlang) agar dia melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah,” jelas beliau.

Justeru itu katanya, mereka sebagai duta di atas muka bumi Allah Subhanawata’ala bukan sahaja perlu cemerlang duniawi, tetapi mengambil kira juga duniawi dan ukhrawi.