Perlaksanaan AES: JUHAM Akan Fail Semakan Kehakiman

227
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/speedcam0922.jpg

Satu perjumpaan telah diadakan pada 7/11/2012 di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut oleh pihak jawatankuasa KASE bersama wakil Peguam-peguam JUHAM dari seluruh Malaysia untuk memberikan penerangan kepada wakil-wakil Peguam yang hadir untuk disebarkan kepada negeri masing-masing di mana kedua-dua pihak turut telah berdialog bagi mencapai persetujuan tindakan bersama dalam menangani Saman AES ini.

Melalui mesyuarat bersama Jawatankuasa KASE yang turut dihadiri dan dipengerusikan oleh YB Dato’ Hj. Mahfuz Omar pada 8/11/2012, 3 resolusi telah dicapai seperti berikut:

1)    KASE bersama barisan Peguam dari JUHAM akan membuka Kaunter Aduan Rakyat untuk 2 minggu sekali bermula dari 21 November 2012 ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Semua penerima Saman AES dijemput hadir pada waktu tersebut untuk mendapatkan nasihat serta khidmat guaman secara percuma sekiranya OKS memilih untuk ke Mahkamah

2)    Peguam dari JUHAM akan mewakili orang kena saman (OKS) di Mahkamah di mana para Peguam akan memohon mitigasi untuk mengurangkan kadar denda sekiranya OKS memilih untuk mengaku bersalah serta akan mewakili OKS secara percuma sepanjang tempoh perbicaraan sekiranya OKS memilih untuk tidak mengaku bersalah dan pohon dibicarakan.

3)   JUHAM turut akan memfailkan Semakan Kehakiman untuk mencabar kutipan saman yang dikongsi pihak kerajaan dengan syarikat swasta yang mengendalikan serta memasang sistem AES ini. Dalam semakan kehakiman ini, JUHAM akan mencabar sama ada perkara ini dibenarkan di sisi undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.

NOORAZMIR BIN ZAKARIA
KETUA UNIT MEDIA/PENERANGAN
JABATAN UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA