Perkasakan Kerjasama Tiga Buah Negeri

179

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS – Himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur (HIMPUN) julung kali diadakan untuk memperkasakan kerjasama diantara tiga buah negeri yang telah terjalin sekian lama.

Timbalan Pesuruhjaya III negeri Terengganu, Dr Alias Razak berkata, ketiga-tiga buah negeri memiliki sumber daya, strategi dan digerakkan secara bersepadu akan mendapat hasil yang sangat menakjubkan nanti.

“Tujuan kita mengadakan himpunan adalah hasil perjuangan yang membawa bagi mencetuskan gelombang kesatuan ummah tiga buah negeri majoriti umat melayu Pantai Timur .

“Jika kita imbau kembali kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil usaha dan titik peluh titisan darah pejuang Islam sebelum ini.

“Kalau di Terengganu terkenal dengan Tuan Haji Abd Rahman Limbong, di Kelantan Tok Janggut dan Dato A Rahman di Pahang yang sanggup mengorbankan nyawa dan keringat demi perjuangan bangsa dan negara untuk mencapai kemerdekaan daripada penjajah yang akhirnya kita telah mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, kesihatan dabn Alam Sekitar Negeri berkata demikian pada Program HIMPUN di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Terengganu semalam.

Menurutnya, lebih 20, 000 orang yang telah digerakkan dari seluruh ke tiga buah negeri iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu hadir ke program HIMPUN bermula petang semalam.

“Sebagai harapan kita semua , harap seluruh umat melihat pada malam ini akan mencetuskan satu gelombang yang akan mengerakkan seluruh jentera kita di Terengganu Darul Iman, Pahang Darul Makmur dan Kelantan Darul Naim untuk mencapai hasrat kita untuk menyatupadukan ummat islam melayu ketiga-tiga negeri bagi mencapai ke Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) yang akan datang, Insya Allah.

“Sama-samalah berdoa semoga kita terus maju ke hadapan dan mencapai apa yang kita impikan,” ujarnya.
Tambah Dr Alias, beliau berharap agar berbuat baik dan menyantuni sesama kaum tanpa mengira bangsa dan agama agar dapat melembutkan hati untuk sama-sama berjuang untuk mendaulatkan Islam di bumi yang bertuah ini.

Justeru itu, beliau merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan negeri Kelantan, Pahang dan tidak lupa tuan rumah Terengganu yang berjaya mengadakan program yang bersejarah seumpama ini.