Periksa Kenderaan, Pandu Dengan Berhati-Hati Ke Muktamar

291

Oleh Adli Mohamad

DUNGUN – Semua perwakilan, pemerhati, para pendokong dan penyokong PAS dari Negeri Terengganu yang merancang perjalanan ke Muktamar PAS Malaysia ke-65, disaran agar memeriksa kenderaan supaya berada didalam keadaan baik serta memandu dengan berhati-hati.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata, langkah berkenaan bagi memastikan semua pengunjung Muktamar selamat sampai ke destinasi dan sebarang perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

“Hari ini ada yang sudah ke sana melibatkan Pemuda PAS bagi mengikuti Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ada yang sedang dalam perjalanan, dan ada yang akan pergi esok ataupun lusa.

“Kerana itu perlu pada persediaan yang rapi, terutamanya kepada yang membawa keluarga, “ujarnya.

Beliau berkata demikian ditemui pemberita, mengulas mengenai muktamar ke-65, di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, pada hari ini.

Menurut Ghazali, Ahli Jawatankuasa PAS Bukit Besi semua dalam keadaan bersemangat meraikan muktamar pada kali ini.

“Kerana itu bendera PAS yang dipasang oleh petugas pada sambutan Aidilfitri baru-baru ini masih tidak dibuangkan lagi, bagi meraikan muktamar pada kali ini.

“Semoga semuanya akan tiba selamat ke destinasi, dan akan mendengar setiap ‘taujihat’ yang akan disampaikan oleh kepimpinan agar faham kepada dasar perjuangan PAS yang berteraskan Islam dalam menghadapi isu semasa. Apatah lagi di saat diuji dengan kemenangan di Negeri Terengganu, “jelasnya.

Sehubungun itu menurut beliau selain dari Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang merupakan Ahli Parlimen Marang, disamping itu juga, ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu merupakan pemimpin tertinggi PAS bukan sahaja untuk Negeri Terengganu bahkan merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Malaysia.

“Diharapkan (juga) muktamar pada kali ini yang dianggap sebagai medan untuk bermuhasabah akan menatijahkan sesuatu yang baik dan positif untuk PAS Negeri Terengganu.

“Yang mana Negeri Terengganu sedang menjadi tumpuan. Kecemerlangan PAS di dalam urus tadbir di peringkat negeri sedang dilihat dan dinilai supaya diyakini bahwa PAS adalah pilihan tepat menerajui Negara Malaysia pada masa akan : datang,” jelasnya