Perasmian Muktamar PAS Ke 55; PAS Terus Menjadi Tumpuan

382

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/06/perasmianmuktamarke55.jpgTidak ada satu pun media dalam Negara, samada media arus perdana mahu pun media alternatif atau media baru, yang tidak menyiarkan laporan muktamar tersebut.

Ia bertepatan dengan kata pengkaji selidik PAS, Dr Dzulkefly Ahmad dalam sejarah 58 tahun jatuh-bangun perjuangan politiknya, sudah tiba waktunya untuk PAS mengambil alih kedudukan UMNO sebagi parti politik pilihan nombor satu Negara.

Suka atau tidak, Utusan Malaysia, walaupun cuba memusingkan terbalikkan isu kerajaan perpaduan, turut memberikan liputan luas muktamar PAS, melebihi laporan lawatan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak ke China.

Dengan menyiarkan laporan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Pengerusi GMP Hassan Ahmad yang dinobatkan sebagai ‘pejuang bahasa’ dalam Muktamar PAS membuktikan akhbar media arus perdana yang dianggap menjadi ‘seteru paling kuat’ PAS itu, tidak mampu lagi mengenepikan PAS sebagai sebuah parti politik berwibawa.(Gambar – sebahagian dari 350 orang petugas mehttp://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/06/350mediamktamarke55.jpgdia membuat liputan Muktamar PAS Kali Ke 55)

Berita Harian menyiarkan laporan yang ditulis Bernama secara penuh tawaran PAS untuk memimpin Negara, kepada rakyat Malaysia, selepas Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

Akhbar bagi ‘orang berniaga’ The Edge  memberikan liputan yang lebih istimewa turut menyiarkan audio lagu rasmi PAS dan sedutan ucapan Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Had Awang, dalam versi internetnya.

Kehadiran semua wakil-wakil komponen Pakatan Rakyat terus memperkukuhkan  Tema Ucapan Dasar Presiden PAS, ‘Islam Memimpin Perubahan’.

Manakala kehadiran ramai wakil-wakil kedutaan asing memberikan pengiktirafan kepada pelan bertindak PAS mengambil alih pemerintahan negara bersama Pakatan Rakyat apabila tiba masanya kelak.

Pelancaran E-Harakah, Kompleks PAS di Putrajaya dan pengendalian Muktamar PAS Kali Ke 55 dengan kemudahan dan peralatan berteknologi terkini di sebut oleh beberapa media, PAS mengalami transisi dari sebuah ‘Parti Islam yang dianggap keras’ kepada sebuah parti masa depan yang mengotakan janjinya dengan tindakan (Gambar kiri – Khalil anak Presiden PAS yang mewakili PAS Marang, turut ‘khusyuk’ mengikuti ucapan Dasar Presiden)
http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/06/khalilmuktamarke55.jpg
Dalam percakapan dikalangan wartawan yang membuat liputan, ramai yang kagum dengan ‘kesederhanaan PAS’ yang memberi kemudahan dari segi persiapan tempat bersidang, kemudahan, makan dan minum yang disediakan bertentangan dengan Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan di Pusat dagangan Dunia Putra.


Mereka memberikan peringatan, ksederhanaan dan mudah mesra PAS (PAS Simplicity) adalah merupakan sebahagian kekuatan PAS yang dapat menarik ramai penyokong dari kalangan bukan Islam.

“Muktamar ini akan menjadi kayu ukur samda PAS akan terus menjadi tumpuan dan mendapat sokongan dari mereka (bukan Islam) untuk tindakan politik PAS akan datang”,kata mereka.

.