Perang India-Pakistan Mungkin Meletus?

753
Perang Kargil, sempadan Kashmir tahun 1999

India mungkin akan menggerakkan tenteranya memburu pejuang Jaish-E-Muhammad (JeM) yang didakwa New Delhi mendapat sokongan Pakistan.

Berikutan serangan ‘berana mati’ yang diperakui oleh kumpulan menuntut pembebasan Kashmir itu di Srinagar, hubungan India dan Pakistan menjadi kembali tegang.

Perdana Menteri India Narendra Modi dilapurkan telah mengadakan pertemuan parti politik untuk membina sokongan bagi tindakan menyerang Pakistan berikutan serangan bom kereta di di wilayah Kashmir itu.

Modi sebelum itu berjanji akan mengambil tindakan keras terhadap JeM sebagai membalas dendam atas kematian 44 pegawai paramiliteri India dalam serangan pada hari Khamis.

Kementerian luar India sudah bertindak dan berkata Amerika Syarikat menyokong hak New Delhi untuk membela diri terhadap serangan rentas sempadan berikutan insiden Kashmir.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Sabtu, India berkata Penasihat Keselamatan Negara AS John Bolton bercakap kepada rakan sejawatannya, Ajit Doval, pada malam Jumaat, berjanji untuk membantu membawa penyerang ke pengadilan.

“Kedua NSA berikrar untuk bekerjasama untuk memastikan Pakistan berhenti sebagai tempat selamat bagi JeM dan kumpulan pengganas yang mensasarkan India, AS dan lain-lain di rantau ini,

“Mereka memutuskan untuk memegang Pakistan untuk menjelaskan tanggungjawabnya di bawah resolusi PBB.” kata kementerian luar negeri itu.

Kerajaan India mengatakan ia mempunyai bukti bahawa JeM telah disokkong Pakistan dan menuntut Islamabad mengambil tindakan, meningkatkan ketegangan hubungan antara negara berjiran terbabit.

India selama bertahun-tahun menuduh Pakistan menyokong kumpulan pemisah di Kashmir yang dituntut oleh kedua-duanya.

tentera Pakistan semasa perang Kargil dengan India pada tahun 1971

Sementara itu, angkatan tentera Pakistan dilaporkan menjalani latihan bersama Turki di Laut Arab.

Sebuah kapal frigat dari Tentera Laut Turki, TCG Gokceada dan kapal Tentera Laut Pakistan Alamgir dan ASLAT serta pesawat rondaan maritim jarak jauh, mengambil bahagian dalam latihan ‘Turgutreis III’.

“Objektif utama latihan ini adalah untuk meningkatkan antara operasi antara dua angkatan bersaudara,” kata Angkatan Laut Pakistan dalam satu kenyataan.

Awal bulan ini, TCG Gokceada tiba di bandar pelabuhan Karachi untuk menyertai latihan multinasional maritim AMAN-19 yang dianjurkan oleh Angkatan Laut Pakistan.

Ini adalah latihan ketiga siri Turgutreis, latihan awal telah dijalankan di perairan Pakistan dan Turki.

Pelbagai acara berkaitan maritim dijalankan di laut yang membolehkan anak-anak kapal untuk mengukuhkan kemahiran taktikal mereka.

Latihan ini meliputi pelbagai operasi maritim termasuk perbincangan atas meja mengenai pelbagai taktik perang tentera laut moden.

Idia dan Pakistan pernah berperang selama empat kali iaitu pada tahun-tahun 1947, 1965, 1971, 1999 dan isu Kashmir merupakan pertikaian yang menyebabkan perbalahan bersenjata itu.