Perang Dahsyat Sekiranya AS Atau Saudi Serang Iran

772
Loji minyak Aramco Arab Saudi terbakar setelah diserang

Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif menegaskan bahawa, sebarang serangan ketenteraan oleh Amerika Syarikat (AS) atau Arab Saudi terhadap negaranya akan mengakibatkan peperangan yang dahsyat.

“Saya membuat pernyataan yang sangat serius bahawa kita tidak mahu peperangan, kita tidak mahu terlibat dalam konfrontasi ketenteraan,

“Tetapi kita tidak akan berkedip untuk mempertahankan wilayah kita,” kata Zarif kepada CNN pada hari Khamis.

Dalam perkembangan yang sama, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo, yang berada di Arab Saudi pada hari Rabu selepas serangan ‘drone’ di loji minyaknya hujung minggu lalu.

Beliau menyatakan pendirian AS menyokong hak untuk mempertahankan diri Riyadh dan mengatakan bahawa tingkah laku Iran tidak boleh diterima.

“Saudi adalah negara yang diserang, ia adalah di tanah mereka, ia adalah satu tindakan peperangan terhadap mereka secara langsung,” katanya kepada pemberita sebelum menuju ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE), satu lagi sekutu AS di rantau ini.

AS telah menuduh Iran berada di belakang serangan drone itu sebaliknya dinafikan keras oleh Teheran dan memberi amaran kepada AS bahawa ia akan membalas segera jika Iran menjadi sasaran serangan AS dan Saudi.

Pemberontak Houthi yang didakwa, diselaraskan oleh Iran telah mengaku melakukan serangan itu dan mengatakan bahawa ia adalah kerana perang Yaman yang diterajui oleh Saudi telah membunuh puluhan ribu orang.

Namun pegawai Saudi dan AS telah menuding jari kepada Iran yang dituduh menjadi dalang serangan terhadap kemudahan minyak Aramco di Abqaiq menyebabkan pengeluaran bahan bakar itu kurang serta mendorong harga minyak mentah meningkat.

Jurucakap kementerian pertahanan Saudi berkata pada hari Rabu, cara serangan itu tidak mungkin dapat dilancarkan dari Yamen.

“Serangan itu dilancarkan dari utara dan tanpa disangkal ditaja oleh Iran,” kata Kolonel Saudi Turki al-Malki.

“Kami sedang berusaha untuk mengetahui titik pelancaran yang tepat.” Tambahnya.