Perang Badar Membuka Fikiran Penentang Islam

694

Oleh : Adli Mohamad.

MARANG – Perang badar yang merupakan sejarah penting kepada umat Islam, telah membuka fikiran kepada mereka yang merupakan penentang Islam.

Presiden PAS, Dato Sri’ Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, berkata kemenangan umat Islam didalam peperangan badar secara tidak langsung telah memperkenalkan Islam kepada orang-orang yang menjadi penentang agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

“Sera memberi pengajaran kepada mereka tentang agama dan apa yang (telah) dinyatakan nabi (Rasulullah).

“Kemenangan tersebut telah membuka fikiran golongan yang menentang Islam dimana sebelum ini telah dibelenggu oleh khurafat dan khayalan yang menyesatkan.

“Sehingga (Mereka) memuja batu-batu yang dipahat oleh tangan mereka sendiri.

“Dengan (Kemenangan) itu kalimah Allah (Telah) menjadi tinggi dan kalimah kafir menjadi sehina-hinanya,” ucapnya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan Kuliah Dhuha mingguannya di Masjid Rusila Marang, pada hari ini.

Menurut Tuan Guru Abdul Hadi Awang, kerana kemenangan itu telah menjadikan umat Islam yang dahulunya lemah telah menjadi kuat, kerana percaya dan yakin serta menyahut cabaran yang Islam akan menang.

“Perang Badar menjadi sejarah yang amat penting dalam sejarah umat Islam.

“Perang (yang mendapat) pertolongan Allah kepada mereka yang beriman dalam keadaan mereka yang lemah (dalam) menghadapi musuh yang lebih besar.

“Dengan keimanan yang yang ikhlas kepada Allah mereka mendapat kemenangan (Serta) memberi keadaan yang kuat kepada orang Islam,” tegasnya.