Peralihan Kuasa; Skrip Sudah Diatur?

198

MARANG – ‘Skrip’ peralihan kuasa peringkat Kerajaan Persekutuan sedang berjalan dan nampaknya Tidak ada apa-apa masalah, sehingga petang Isnin, 24 Faberuari.

Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu, Haji Sazali Mohd Noor berkata, beliau sudah mendengar tentang ‘skrip’ peralihan kuasa tersebut sejak dua minggu yang lalu.

“Dua minggu lalu saya ada berjumpa dengan seorang bekas Pengarang Utusan Malaysia yang datang ke Terengganu berbincang tentang soal media.

“dia telah menyebutkan skrip peralihan kuasa sudah diatur dan akan berjalan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan isu-isu semasa pada program yang diadakan di Kampung Sena Rendang dekat sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau juga melahirkan rasa aneh kerana apabila diajukan soalan kepada seorang pemimpin PAS pusat, jawapan yang sama juga diterima.

“Lepas tu saya pergi tanya seorang pemimpin sebab nak minta diulas tentang peralihan kuasa Anwar-Mahathir.

“Tapi pemimpin itu sebut jangan ulas, cukuplah sebab ‘skrip’ sudah ada dan akan berjalan,” jelas beliau.

Justeru itu, Haji Sazali yang juga Timbalan Pengarah UPDI menyimpulkan bahawa, apa yang berlaku dalam perkembangan politik semasa negara sekarang ini hanya tukar ‘pemandu’ bukan tukar kerajaan.

Beliau menyifatkan ia adalah suatu yang telah dibincangkan dan dirancangkan sejak beberapa lama.

Namun begitu katanya, PAS akan menyertai mana-mana muafakat siyasi sebagaimana dasar yang jelas dengan agenda politik ‘Melayu-Islam’.

“pemimpinnya akan menyertai mana-mana pakatan politik atas nama untuk menegakkan Islam dan Melayu dinegara ini,

“kita dapat melihat dalam sisri pertemuan yang diadakan di antara Presiden PAS dan parti-parti lain akan mengutamakan soal Melayu, Islam,

“terutama sejak Pakatan Harapan (PH) mengmbil tampuk pemerintahan negara pada ppilihan raya umum lalu,” tambahnya