Penyelewengan E-Book; Tiada Pemasangan Komputer

290

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/08/topitfront.jpg– Top IT hanya memasang program (software) sahaja
KUALA TERENGGANU
– Apa yang didakwa Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said berkenaan pengeluaran komputer bagi program E-Book dan perlaksanaan program tersebut adalah tidak benar dan jauh kenyataan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, sebanyak RM24,980,000 telah diperuntukkan kepada Top IT Industries Sdn Bhd

pada tahun 2009 dan sebanyak RM30 juta lagi peruntukan pada tahun 2010 untuk pengeluaran komputer bagi program E-Book.

Beliau berkata Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said menghebahkan bahawa negeri Terengganu telah membina sebuah kilang untuk memasang dan membuat komputer bagi program E-Book.

Namun, katanya, apa yang berlaku, kilang yang didirikan tidak memasang atau mengeluarkan sebarang komputer bagi program E-Book.

“(Saya) mendapat maklumat yang jelas, bahawa peruntukan yang diberikan dalam menjalankan TOP IT ini tahun 2009, RM24, 980,000. Tahun 2010, yang baru-baru ini, mereka telah memperuntukkan lebih daripada RM30 juta dari segi ebook ataupun komputer, yang diuar-uarkan oleh YAB MB bahawa negeri Terengganu telah mengadakan kilang untuk memasang dan membuat komputer E-Book di kilang ini,

“tapi apa yang berlaku, dalam laporan ini sebenarnya komputer ini diimport daripada luar dan di sini bukan kilang pemasangan,”dedah Dr. Syed Azman.

Katanya, kilang Top IT Industries yang beroperasi di Gonmg Badak itu hanya merupakan tempat untuk memasang atau menaikmuat (Upload) perisian program sahaja (software).

Beliau berkata, keadaan itu sangat mengelirukan seluruh rakyat Terengganu kerana berdasarkan jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar di dalam Sidang DUN baru-baru ini, beliau menggambarkan sebaliknya.

Pada 12 Januari, 2009, Menteri Besar Datuk Ahmad Said di petik Bernama berkata kilang pemasangan komputer riba itu yang bernilai RM8.5 juta di kawasan Perindustrian Gong Badak dekat sini dijangka siap Mac ini.

Seramai 23,000 hingga 25,000 murid tahun lima akan mula menerima komputer mulai Mei secara berperingkat-peringkat sebelum diperluaskan kepada murid darjah enam, empat, tiga, dua dan satu, katanya.

Beliau berkata fasa kedua program e-Book akan melibatkan pelajar sekolah menengah Terengganu.

Katanya kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta setahun bagi projek tersebut.

http://www.youtube.com/watch?v=EwGpwQc7oDA