Penjaga Gol TFC Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

330

PENJAGA gol utama Terengganu FC (TFC), Mohd Suffian Abd Rahman meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah hari Sabtu, akibat sakit jantung.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Hishamuddin Abdul Karim berkata Allahyarham Mohd Suffian, yang dikenali dengan panggilan ‘Tiger’ dalam kalangan peminat bola sepak Terengganu, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Banggol Pauh, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.

“Allahyarham yang berasal dari Melaka, pernah dimasukkan ke wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 1 Ogos lepas, akibat sakit jantung.

“Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar bagi arena bola sepak Terengganu khasnya dan dunia bola sepak negara amnya,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Hishamuddin berkata jenazah Mohd Sufian dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banggol Pauh selepas Asar petang Sabtu.- BERNAMA