Pengundi Felda Chini Harap Wakil Rakyat Tingkatkan Khidmat Perbankan

145

Oleh : DMS

PEKAN – Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Chini berharap, wakil rakyat yang akan mewakili suara mereka nanti dapat memainkan peranan terhadap isu keperluan sebuah bank bagi memudahkan urusan mereka.

Mohd bin Ali, 69 berkata ketiadaan khidmat tersebut memberi masalah kepada mereka, yang terpaksa ke bandar Muadzam Shah yang agak jauh untuk membuat segala urusan berkaitan kaunter.

“sejak 1981 saya duduk di sini (Felda Chini) masih belum tiada lagi bank untuk memudahkan urusan kami untuk pindah, masuk duit.

Mohd bin Ali

“Inilah antara masaalah kami yang perlu Seorang pengundi generasi pertamadiselesaikan oleh wakil rakyat nanti.” ujarnya dengan nada keluhan.

Saranan generasi pertama Rancangan Tanah Felda Chini, turut sama turut diutarakan seorang lagi warga tempatan, Hasan Othman, 63.

Beliau berkata, hanya terdapat satu mesin pengeluaran wang (ATM) di kawasan Bandar DARA, di situ.

Hasan Othman berbaju gelap

“Ada satu lagi di Felda Chini Timur tapi cuba bayangkan jika mesin ini tiada duit didalamnya…susah…ini harapan kami.” keluhnya semasa ditemui.

Tinjauan Kelab Aktivis Media Inspirasi (KAMI) mendapati, masalah pengangguran dalam kalangan anak-anak peneroka, berlegar dalam perbualan di kedai-kedai kopi.

Mereka mendakwa kekurangan pekerjaan bagi generasi terbabit dan tiada tempat tinggal menjadi isu yang sangat dekat dengan masyarakat.

Menurut mereka, perkara tersebut lama berlanjutan tanpa kesudahan.

Sehubungan itu seorang warga Felda di Chini 2 yang enggan dikenali berharap, agar dapat didirikan sebuah kilang bagi membuka peluang agar masalah penganguran dapat dikurangkan.

“Rumah bagi generasi ke dua juga perlu disesaikan oleh kerajaan sediaada dengan tanah yang kosong, seperti tanah yang ditinggalkan peneroka harus didirikan rumah bukannya diambil oleh Felda untuk diberi kepada anak syarikat seperti FGV.” tegasnya.

PRK N23 Chini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Muafakat Nasional (MN) yang diterajui oleh PAS dan UMNO serta dua lagi calon Bebas.

Hari mengundi akan diadakan pada 4 Julai berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lalu akibat serangan jantung.

Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum ke-11.