Pengarang Akhbar Ditahan Kerana Menyifatkan Abdul Quader Molla ‘Syahid’

358
Asad telah ditempatkan dalam tahanan reman tiga hari di bawah tahanan polis dalam kes yang difailkan di bawah Akta Keselamatan Digital

Polis di Bangladesh telah menahan pengarang sebuah akhbar selepas menyifatkan pemimpin pembangkang Abdul Quader Molla seorang pegawai kanan parti pembangkang Jamaat-e-Islami, telah digantung pada 12 Disember 2013, sebagai ‘syahid’.

“Hari ini adalah ulang tahun keenam kematian martir Abdul Quader Molla,” menurut tajuk sebuah akhbar
‘Daily Sangram’ pada hari Khamis oleh, yang didakwa cenderung menyokong parti Islam, Jamaat-e-Islam.

Abdul Quader Molla 1948-2013

Pengarang itu ditahan berikutan protes pada hari Jumaat oleh ahli-ahli kumpulan seperti Muktijoddho Mancho (Pelancaran Freedom Platform) dan Bangladesh Chatra League, sayap pelajar Parti Awami Liga yang memerintah, yang membakar naskah akhbar itu.

Para penunjuk perasaan juga merosakkan pejabat Sangram Daily di ibukota Bangladesh, Dhaka, sementara polis menangkap Abul Asad, dalam kes yang difailkan di bawah Akta Keselamatan Digital.

Mahkamah di Dhaka pada Sabtu meletakkan Asad tiga hari di bawah tahanan polis.

Abdul Quader Molla, meninggal dunia setelah dijatuhkan hukuman gantung kerana disabitkan kealahan atas tuduhan melakukakn jenayah dalam tahun 1971 ketika perang Bangladesh menuntut kemerdekaan.